Showing posts with label Old Town White Coffee. Show all posts
Showing posts with label Old Town White Coffee. Show all posts

Saturday, 11 May 2024

Old Town White Coffee, Old town asam laksa sedap

 

4 May 2024 Sabtu,  lepas brepes dalam kul 10,  makcik ajak Daus gi AEON Bukit Tinggi, nak tukar  sreen protector  hp makcik yg dah separuh terkopek. 

 Selalu gi naik grab, tiber  rasa nak suruh Daus bawak makcik naik motor. 

Sampai AEON makcik  masuk 1 kedai yg ada wat servis pasang screen protector tapi  tak boleh finger print plak. Makcik  masuk moss concept store, lega dia ada screen protector yg boleh finger print. Mantaplah moss, teliti kerja dorang. Ada bubble sikit, dia ulang wat. Ambik masa lama tapi berbaloi. Lepas setel, temankan Daus cari baju tab dia. Lama dah dia cari baju tab, akhirnya jumpa. 


Lepas setel semua, jam kat kul 12.30, misi mencari tempat makan. Sejujurnya cari tempat makanlah yg paling susah . Makcik duk depan johnny, rasa mcm nak makan Johnny. Daus cakap, mak sebenarnya tak nak makan johnny kan.Pandai betul Daus baca fikiran makcik. Hahaha.  Makcik  beredar dari situ, terus gi Oldtown coffee. 




Daus makan BBQ rice bowl



Makcik makan Laksa ,sedapnya makan panas2. Macam dah lama je  tak makan laksa old town. 





Wajib order  kaya butter toast double 


Makcik minum air suam, Daus minum air sejuk






Old Town White Coffee
AEON Bukit Tinggi
KS6, F03, 1st Floor
No.1 Persiaran Batu Nilam 1
Bandar Bukit Tinggi 2
41200 Klang Selangor


Monday, 11 August 2014

JJCM,riang ria dengan Old Town White Coffee


Salam Syawal...................

Asal kenyang je ngantuk asal ngantuk je kenyang. Yelah macam mana  tak mengantuk ,lepas kenyang makan nasi boleh plak aku  bedal 3 ketui popia goreng plus dua -3 ketui cucur udang. Mata aku ni   gilerrr vavi ngantuk sekarang ni....sabau jelah. Ohhhh lupa nak bagitahu  , jumaat lepas yuyi bawak kami  dinner  kat Old Town White Coffee  Klang. Bagai orang mengantuk disorongkan  bantal laju je  aku ikut .Tetiba rindu dekat  prawn meehon mee  Old Town  Langkawi Island : )


Jumaat lepas kami dinner di  Old Town White Coffee Klang. .Makcik !! jangan nak  riak sangat  ahh : )
Budak baru balik sekolah ni lapar
Pilih jangan tak pilih pendiet khabo
Kata order  set, fresh lemon tea, sky juice & enriched chocolate mestilah dapat  freekan, yang bestnya siap dapat free dessert  pudding & Oldtown coffee lava 
Aku setia bersama  Oldtown Prawn meehon mee
Mereka berdua punya  minat yang sama iaitu suka makan soft boiled eggs
Pendiet khabohidrat makan black pepper grilled chicken tanpa kentang

Adik makan Hainanese Chicken Chop

No.2 Lorong Batu Nilam 4B, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor.
Phone: 03-3324 8868

Fax: 03-3324 1216
- See more at: http://www.oldtown.com.my/index.php/location/#sthash.x36eRA1e.dpuf





Okeylah kengkawan, cukup dulu setakat ni. InsyaAllah , ada kelapangan aku update lagi.









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, 8 August 2014

Cuti Hari Raya Aidifitri 2014 Riang ria bersama Old Town White Coffee - Part 2

Bersambung dari sini,lip lap lip lap mata aku ni, biasalah perut kenyang mata jadi mengantuk.Nasib baik bos aku takde hari ni, boleh lah  update mana yang patut kan.Hujung minggu takde apa nak buat bolehlah korang terjah blog aku ni cuci cuci mata.Aku harap korang puas hati dengan cerita aku yang tak tahu mana hujung mana pangkal.Biasalahkan!!

Wan Thai Restaurant
Hari pertama  kami di Langkawi adalah hari  terakhir Ramadhan , kami sekeluarga(kecuali somi) mengambil kesempatan berbuka puasa diluar . Atas cadangan yuyi dan membaca review orang ramai ,katanya makanan kat sini sedap dan harga berpatutan, kami  memilih berbuka puasa di Wan Thai Restoran. Overall, makanan di  sini menepati citarasi kami sekeluarga , especially air sirap terbaek , so aku bagi  6 bintang , bintang terus nyala  untuk  Wan Thai  Restoran,oh yeah !!! tepuk tangan .
Wan Thai Restaurant
Jalan Kelibang,
07000 Kuah, Langkawi.  Open daily 11.00am - 3.00pm, 6.30pm - 10.00pm
04-9661214
012-4308014

Cenang Mall, Underwater World, Old Town White Coffee


 Terimalah  saya seadanya, sekeping gambar penganti diri di depan Mc Donald , cenang mall.
Lot FF3, Cenang Mall, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman.
Phone: 04-955 5880

Fax: 04-955 5880
- See more at: http://www.oldtown.com.my/index.php/location/#sthash.wqOgOxk8.dpuf

Old Town White Coffee  tempat makan pilihan  kami sepanjang berada di Langkawi.Masa ni masing masing lapar, jadi cakap awal awal memang aku tak sempat nak ambik gambar.


Old Town White Coffee
Lot F33, Cenang Mall , Jalan Pantai Cenang
Mukin Kedawang,07000 Kedawang
Langkawi Kedah Darul Aman


Maaf gambar kat Underwater World tiada, semua hilang gara-gara ada budak bijak pandai reset handphone sebelum forward kat aku 
Underwater World Langkawi Location
Zon Pantai Cenang
Mukim Kedawang
07000, Langkawi
Kedah Darul Aman
  
Lot FF3, Cenang Mall, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman.
Phone: 04-955 5880

Fax: 04-955 5880
- See more at: http://www.oldtown.com.my/index.php/location/#sthash.wqOgOxk8.dpuf
Sanggup bertunggu tangga di Old Town White Coffee Langkawi Parade semata -mata untuk menapau Old Town prawn meehoon mee. Macamlah dekat Port Klang tak de Old Town , mata yuyi kecik besar kecik besar je  tengok aku.

Old Town White Coffee
Shop 19, Level 1, Langkawi Parade, A 14 - 15, Pokok Asam, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah.
Phone: 04-966 0815

Fax: 04-966 0815
- See more at: http://www.oldtown.com.my/index.php/location/#sthash.wqOgOxk8.dpuf
Shop 19,Level 1, Langkawi Parade
A14-15, Pokok Asam
07000 Kuah
Langkawi Kedah
Lot FF3, Cenang Mall, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman.
Phone: 04-955 5880

Fax: 04-955 5880
- See more at: http://www.oldtown.com.my/index.php/location/#sthash.wqOgOxk8.dpuf
  
**********
Dataran Lang
Lot FF3, Cenang Mall, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman.
Phone: 04-955 5880

Fax: 04-955 5880
- See more at: http://www.oldtown.com.my/index.php/location/#sthash.wqOgOxk8.dpuf


Panas gileerr  diredah bersama semata -mata nak bergambar depan lang, haishhhh
Kalau dah sampai Langkawi , tak singgah Dataran Lang dan bergambar dengan helang besar ni  rasa macam satu kekuranglah pulak.Abaikan anak burung helang yang tengah duk bersidai dicelah perkataan "LANGKAWI"  itu. la la la la la la


 **********
Island Hopping
1)Pulau Dayang Bunting
2)Pulau Beras Basah
3)Eagle Feeding

Pasal harga, kos/cas tersembunyi  jangan tanya aku, cuma kalau family korang ni jenis suka berendam better sewa boat persendirian khas untuk family korang je.

Drebar  kami ni baik sangat , dia still nak bawa kami tengok aktiviti  eagle feeding walaupun sebelum tu kami cakap tak nak pergi tengok.




 Adik, akak, adik, saper yang nak jadi abang ni : )
 
Adik, akak ,apahal yuyi buat muncung




Sudah tiba masanya  tandas awam di sini




**********

Cable Car
Langkawi Sky Cab Location:
Cable Car Station, Oriental Village,
Burau Bay
07000, Langkawi,
Kedah Darul Aman
Opening Hours: Mon-Thurs 10.00am - 7.00pm, Fri-Sun, Public & School Holiday 9.30am - 7.00pm 



Muka tension,Jenwin  1234 voy 2014 dari Jeti Kuah pekan Rabu ke beras basah Island diarah berpatah balik kerana keadaan cuaca yang tak stabil.la la la la  Macam cantik je cardigan kimono yang yuyi pakai hahaha beli kat Fashion Valet la ni.


Anak anak aku  tengah pekena ice cream sambil mata leka memerhatikan budak jual sekerim main balas pantun dengan   mak/pak arab (pakai serba hitam, nampak mata je)   dalam  loghat utara/kedah.Syok jugak show dia, memang best la dalam cuaca sejuk tengok  show macam tu : )
Macam duk  kat bawah tak pernah makan burger???
Macam tak pernah makan  sekerimkan????


Dengan berlatar belakangkan gunung everest ,cuaca ketika itu memang sejuk. Boleh nampak disitu betapa tebalnya kabus yang menyelimuti ...korang sambung lah sendiri..





Bestnya tunjuk gigi


Jauhnya merenung masa depan





Okeylah , cukup untuk setakat ni,InsyaAllah  ada kelapangan nanti aku update lagi.









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 7 August 2014

Cuti Hari Raya Aidifitri 2014 Riang ria bersama Old Town White Coffee - Part 1

Salam Syawal................................

Apa khabar korang semua hari ni? Aku di ofis  tengah  buat buat sibuk.ha ha ha.Korang makan apa lunch tadi? berpppp Alhamdulillah kenyang, hari ni aku  soru nasi lauk kat kantin tempat kerja je Dah lama nok  tak makan kat kantin,macam tak henggat punya banyak aku ambik lauk, nasi membumbung + sambal ikan kerisi + sayur campur sikit + sambal belacan sikit   perghhh memang terbaek sedap dan murah, total semua  RM5 je.

Perut kenyang mata mengantuk, sebelum mata ni lelap, jom kita berbalik kepada tajuk entry. Rombongan cik kiah ke sukan komanwel sampai ke Langkawi Island pada hari Ahad dalam pukul  9 pagi, Gedebak gedebuk gedebung pukul 12.30 tengahari baru dapat melandingkankan badan.sorga..

Sila fokus kepada kotak kertaz bersize 315 x 215 x 203mm  berisi juadah hari raya aku yang berada dibawah sekali, syukur Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi dituju : )
Sukanya dia makan  eskrim
Sukanya  dia dapat swirl  lolipop

Pencarian yang berbaloi, tak sia -sia yuyi booking  Dayang Bay Serviced Apartment & Resort ni,macam macam ada ,sarapan pagi yang pelbagai jenis--fruit salad, salad, ham, sausage, roti bakar, mee goreng, kuay tiao, bihun(walaupun sedikit liat, mak redho), cereals, etc cuma nasi lemak je tak de.  Menu bertukar setiap hari. Dari segi facilities, boleh dikatakan agak lengkap setiap bilik menyediakan peti ais, oven, hair dryer, water heater, dan barang-barang asas yang lain tetapi bergantung kepada jenis bilik yang dipilih. Kemudahan lain di tingkat 2  disediakan adalah seperti  laundry room with a washing machine and ironing facilities  dan  1 tempat untuk melakukan aktiviti bersama keluarga. Cuma terdapat 3 jenis pilihan iaitu Ping pong, Snooker dan Foosball. Facilities paling utama dah tentulah kolam renang, anak anak aku ni dengan air tak boleh dipisahkan.Cantiklah , Kolam renangnya besar dan banyak kerusi disediakan untuk baring-baring. Kalau rasa tak nak  bersesak di dalam kolam utama, boleh mandi di kolam renang khusus untuk wanita. 

The moral of the story, ruang tamu rumah aku pun tak cantik macam ni,huk huk huk

Pandangan ruang tamu secara keseluruhan

Bilik adik,akak &  ibu,  somi aku tidur &  duduk bilik berasingan.












 Abang   jiwang karat

Dapur, okey, tak delah complete sangat at least  cantiklah dari dapur rumah aku : )

Di sini ada disediakan pinggan , mangkuk,periuk  , senduk sudu garpu okeylah  untuk kegunaan 4-5 hari.


Hari Raya Pertama kami,bangun tidur terus ,jerang air,  panaskan lauk pauk , nasi himpit. Sementara menunggu dorang bersiap, aku menghidang makanan dan menyediakan air minuman.Lebih kurang pukul 8 pagi done.




Juadah hari raya sedang menunggu giliran untuk dipanaskan : )
Memang pada mulanya aku terasa jengkel bila kena panaskan  kuah  kacang  guna induction cooker ni, tapi lama kelamaan aku semakin serasi dengannya.Ha ha ha


Masa  shopping air minuman kat pasaraya Teow Soon Huat(abang bantai gelak dengar Teow Soon Huat,keji sangat abang ni )kat pekan kuah, kami singgah jap kat Old Town,yuyi  tapau  prawn mehon mee dan, nasi lemak, aku sempat rembat White Milk Tea & Classic White Coffee Old town White Coffee 3 in 1 .Amboiiii  terasa  bermakna sungguh  Hari Raya Aidilfitri  2014 kami  kali ni  dengan adanya  minuman 3 in 1 produk  Old town White Coffee.la la la la

Ignore kan nasi himpit, kuah kacang, rendang kambing dan ayam masak merah, sila fokus kepada roti old town white coffee dan minuman 3 in 1 White Milk Tea & Classic White Coffee Old town White Coffee 3.Tetiba rindu nak makan prawn meehon mee Old Town White Coffee.Sedap gilerr


Kalau nak tanya berapa  bintang aku  nak bagi untuk  sarapan pagi di sini, terkedu  aku nak menjawabnya . Boleh tak aku tak nak bagi bintang, kalau nak bagi pun kat bubur nasi je. Statement tu menunjukkan  macam aku tak berhati perutkan, ni satu rahsia aku nak  bagitahu korang selalunya kan yang tak behati perut tulah yang baik hati. ha ha ha ha















Lokasi :  Dayang Bay Serviced Apartment & Resort | Persiaran Pelangi, Kuah, Langkawi, 07000, Malaysia | Phone Numbers: +60-04-9665515, +60-04-9664515















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .