Showing posts with label Tips berguna. Show all posts
Showing posts with label Tips berguna. Show all posts

Monday, 10 March 2014

entry yang sedikit berilmiah dari makcik cleaner

Sekali sekala aku  nak update  entry berilmiah  janganlah pulak  korang  buat macam endah tak endah je . *nampak tak ada  unsur  paksaan membaca  disitu*. Samada korang nak percaya atau tidak sejak dari kecil hingga kita dewasa berkahwin dan beranak pinak kita tak pernah berhenti belajar. Belajar dan terus belajar lagilah bila kita dah jadi ibu dan  mempunyai anak  yang sedang bersekolah . Bayangkan bila anak kita tanya soalan Pendidikan Islam paling senang "Rukan Islam ada berapa mak?"  kita pulak jenis malas belajar dan berfikir , tak tau nak jawap apa kat  dorang tu baru soalan Pendidikan Islam belum lagi soalan admath, fizik , kimia mamposss darjah 3 belajar admath,kimia bagai. Hampir setiap malam aku mengajar  anak  aku mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah  ,Tipulah  kalau aku cakap yang aku boleh jawab dan explain semua soalan yang diajukan oleh anak aku , tapi ok  lahhhh  atleast aku cuba belajar dan berminat untuk belajar  ha tu yang penting kan.

Konsep aku , tak boleh buat  banyak, buat sikit  janji  setiap hari ado terutama mathematik
Rajin-rajinlah bawak anak ke bookstore dan membelikan buku latihan untuk mereka.Terbaek ; buku rampaian pelbagai subjek mengikut format KSSR  & modul rampaian pelangi ini dijual dengan harga RM3.55 sebuah je  kalau tak silap aku ,ianya   boleh didapati di MPH & Popular bookstore.Apalagi grab lah cepat.


Bila dah jadi ibu tahap  kesabaran kena tinggi terutama bila menghadap muka mereka yang tak berapa nak comel setiap kali disuruh  mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan  kerja sekolah .owhhh jangan mudah putus asa.,biasalah budak baru belajar,, cuba bagi tengok cite Jimmy Neutron senyum sampai ke telinga



Rasanya cukup sampai disini  saje kemerapuaan aku, akhir kata majulah sukan untuk negara dan jangan lupa #PrayForMH370







Tarikh :  9 March 2014,Ahad
Lokasi : Rumahku syurgaku










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 27 June 2013

Arwah mak selalu cakap "jangan terlalu suka nanti dapat duka"


Pada pukul 4.30 petang semalam , aku terima panggilan telefon daripada pengasuh Firdaus. Entah mengapa hati ni mulalah rasa berdebar-debar  setiap kali  nombor hp pengasuh Firdaus muncul kat handphone aku masa aku tengah bekerja .Lelagi dia cuma akan call aku bila ada benda penting atau urgent saje.

"Assalamulaikum kak,  ana ni." Nada suara Ana pengasuh Firdaus kedengaran begitu serius sekali

"Waalaikum salam, ye Ana kenapa? Aku tak sabar nak mendengar patah perkataan yang akan keluar dari mulut Ana.

"Akak, Firdaus tetiba je deman muntah muntah .

"Masa akak hantar dia okey kan. Bila dia start deman ngan muntah," tanya aku dengan penuh kehairanan.

"Baru petang ni .Dia  makan je muntah,badan dedo sikit."

"akak nak cakap dengan Firdaus jap."

"Nanti jap kak ye, dia tengah muntah dalam bilik air. Firdaus!Firdaus!mak nak cakap sekejap,"jerit ana perlahan memanggil nama Firdaus.

"Assalamulaikum,Firdaus okey tak?

"Walaikum Salam, Firdaus tak boleh baring , bangun je muntah.badan firdaus deman."Tetiba aku sedih mendengar suara sayu Firdaus dihujung talian. Kalau aku superman memang aku dah terbang masa tu gak ambik Firdaus dari rumah pengasuh bawak dia pegi  klinik.

"adik tunggu mak balik ye .Lepas kerja mak bawak adik pegi klinik."

"okey."

Telefon bertukar tangan
"Ana, pakaikan Firdaus baju yang elok sikit ye nanti lepas kerja akak nak bawak dia pergi klinik."

"bila tu kak?" soal Ana inginkan kepastian

"macamlah aku tahu  aku sampai pukul berapa,"aku ngumpat dalam hati.

"akak balik macam biasa jelah. Dia tak  teruk sangat ."Ana bercakap dengan  nada bersungguh-sungguh

"okeylah Na, Assalamulaikum."

Aku menamatkan perbualan setelah salam dijawab

Salah satu habit manusia, suka sangat nak buat sesi soal jawab kepada diri sendiri .

Lepas Maghrib  kitaorang pergi klinik  naik motor. Masa atas motor sempat aku curi pandang muka suami. Jelas sekali raut wajahnya keletihan membawa beban yang beratnya hurmmm korang tekalah????? ciankan suami aku.Nasiblahhh.

 Nazim Othman sempat lagi berposing  sebelum berangkat ke klinik.
                                           IPU dah turun baru teringat  nak pakai penutup mulut
                                                         Wajah ceria Nazim Othman
                                                           udahlah tu dik, berapa lama adik nak duk kat situ
                                                                  Aktiviti wajib
                      Nazim  dah besar , tak sesuai   nak main kat situ

Sampai rumah terus makan ayam bob.
Pesanan khidmat masyarakat ; Bila  baby  kita deman ngan muntah kalau boleh cairkan sedikit susu baby masa dibancuh . Bagi kanak-kanak yang dah besar   boleh bagi makan roti cicah milo kosong sebelum makan ubat.
Ubat deman ngan muntah ni melambak dijual kat pasaraya berdekatan  korang. Makcik suka Rocky  perasa strawberry dan coklat
                            Sebelum tidur , Nazim Othman tengok cd sambil kunyah ubat demam
                                                    Mak  pun suka ubat deman tu, tedap













Date : 26 June 2013, Rabu
Lokasi : JMC Specialist  Medical Centre
Peristiwa : Firdaus Muntah Demam






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .