Semalam seharian dirumah ,terbaring melayan sakit peod. Bila dah reda sikit sakit, aku terus ke dapur dan masak..Lepas siap masak , masuk bilik sambung baring. Terjaga lebih kurang pukul 4 petang terus membongkar peti ais dengan penuh semangat ,berkobar rasa nak membaking kek butter untuk minum petang. Firdaus senyum ,bila aku beritahu dia yang aku nak buat kek. lepas tu dia cakap, "nak, "nak,nak makan kek dengan Teh O . Tiba-tiba aku rasa tersindir dengan senyuman itu..Terasa jugaklah dah lama tak membaking.
Budak yang tak sabar menunggu kek masak
1)250 grams butter(aku guna tatura salted butter
2)150 grams castor sugar
3)250 gram self raising flour
4)4 biji telur(suhu bilik)
5) dua sudu besar fresh milk
6)sedikit essen vanilla
Cara menyediakannya
1)Pukul butter dengan castor sampai kembang dan gebu
2)Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga kembang
3)Masukkan essen vanila dan pukul sekejap
4)Masukkan self raising flour sedikit demi sedikit sambil memukul menguna mesin pemukul pada tahap
5)Akhir sekali masukkan fresh milk sedikit demi sedikit sambil memukul
6)Rehatkan adunan kek dalam masa 20 minit
7)Bakar selama 35 minit dalam suhu 180 darjah celcius
Butter kek ; Teh O
Mulut tengah penuh dengan kek
Amboiiii!!!! sombongnya dia bila dah dapat makan kek dan minum teh O
Happynya dia makan kek sambil menonton spongebob
Tarikh : 18 November 2013, Isnin
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Afternoon tea
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
No comments:
Post a Comment