Dua hari lepas masa pergi rumah yuyi , aku sempat singgah ke pasar tani yang berdekatan .Selalunya kalau pergi sini aku memang tak pernah miss beli ayam kampung . sambar dua ekor, sekor aku dah buat sup yang sekor lagi ingat nak masak kari.
Resepi sup ayam kampung tanpa MSG
Carrot, kentang , dan tomato cherry honey
Bahan-bahan tumis
seekor ayam kampung sederhana besar
jangan lupa tumis bahan tumisan sehingga garing dan naik bau
Bahan-bahan
1)sekor ayam kampung di potong sederhana besar dan dicuci berseh
2)5 ulas bawang merah dan 4 ulas bawang putih, 2cm halia dikupas kulit dan diketuk kasar
3)1 sup bunjut adabi
4)sebatang kayu manis dan 3-4 kuntum buah pelaga
5)1 1/2 sudu besar rempah sup adabi(dibancuh dengan sedikit air)
6)1 liter air
7)3 biji kentang sederhana besar dan sebatang carrot sederhana besar dikupas kulit dan dipotong baji
7)3 biji kentang sederhana besar dan sebatang carrot sederhana besar dikupas kulit dan dipotong baji
8)lebih kurang 15 biji tomato chesrry honey
9)1 1/2 sudu besar rempah sup adabi(dibancuh dengan sedikit air)
10)Sedikit hirisan daun saderi dan daun bawang
11)Garam
11)Garam
Cara menyediakannya
1)Panaskan kuali dengan sesudu minyak kemudian tumiskan bahan 2,3 dan 4 sampai naik bau
2)Setelah semua bahan tumis naik bau, masukkan rempah sup diikuti dengan kentang , carrot , tomato dan ayam.Kacau sebati semua bahan
2)Setelah semua bahan tumis naik bau, masukkan rempah sup diikuti dengan kentang , carrot , tomato dan ayam.Kacau sebati semua bahan
3)Bila bahan dah sebati masukkan air.
4)Reneh sup ayam dengan api perlahan hingga ayam ,carrot dan kentang empuk
4)Reneh sup ayam dengan api perlahan hingga ayam ,carrot dan kentang empuk
5)Kaup sebarang buih dan minyak daripada sup ayam mengunakan senduk
6)Akhir sekali perasakan dengan garam.Tutup api dan taburkan dengan hirisan daun bawang & daun saderi.
6)Akhir sekali perasakan dengan garam.Tutup api dan taburkan dengan hirisan daun bawang & daun saderi.
Sambal kicap
Bahan-bahannya
1)15biji cili api
2) 2 ulas bawang putih
3)Kicap kipas udang lemak manis
4)Sedikit kicap cair
Cara menyediakannya
1)Kisar sampai lumat cili api bersama bawang putih
2)Masukkan bahan kisar ke dalam bekas dan curahkan kicap kipas udang lemak manis diikuti dengan sedikit kicap cair.
3)Kacau rata
4)Sedia untuk dihidangkan
nak jugak sup yam kampung tanpa sambal kicap
Sup ayam kampung dengan sambal kicap
Sekadar luahan hati
Seburuk-buruk aku pun, aku sedar dimana aku berada dan berpijak ketika ini.InsyaAllah setakat ni belum pernahlah lagi aku mengagungkan & memuja-muja bagai nak rak orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.Kalau tak makan cabai burung kenapa rasa pedas????????Tulah susah jugak kalau terlebih pandai dan kedepan ni kan.
Tarikh : 10 November 2013, Ahad
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan tengahari
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
No comments:
Post a Comment