Thursday 28 November 2013

Nak kahwin dan nak pergi rumah orang kahwin pun perlu ada persiapan yang cukup

Cerita temankan yuyi pergi shopping baju dan aksesori untuk annual dinnernya belum habis lagi, dah nak menghadap masalah untuk cari baju nak pergi rumah adik kak limah merangkap kawan yuyi kahwin.Aku dah agak dah nanti bila  ajak dia pergi rumah orang kahwin   sepuluh kali kejap  dia akan call tanya aku   nak pakai baju apa?kasut apa? aksesori apa?, Yuyi ni excited setiap kali aku ajak temankan  pergi rumah orang kahwin .Tapi yang peliknya, orang excited gila nak pergi rumah orang kahwin tulah  yang suka buat muka sempudal , rimasss bila diasak dengan soal kahwin dan pakwe.

Yuyi  ni pelik sikit , bukan pelik sikit tapi banyak .Jujur cakap, anak aku ni tak pandai politik jadi bila tak pandai politik kurenglah  kawan . Dia juga suka mengelak dari bertemu dengan kawan  terutama spesis kawan yang suka sibuk -sibuk tanya pasal  kahwin atau hal-hal peribadi .Sekiranya lah  masa  jalan-jalan dia terserempak spesis macam tu ,  alamatnya mood dia meragam dan tak boleh nak dipujuk  : ) kalau orang yang tak kenal  akan lebel dia sombong tapi bila dah kenal  betul-betul ,SubhanaAllah terus jatuh cinta dengan karektornya yang gila-gila tapi dalam gila-gila masih menebal sifat pemalu, bersahaja, tak control cun ,humble, dan yang penting dia pemurah dan tak pernah berkira dengan keluarga mahupun kawan-kawan.Kepada lelaki -lelaki di luar sana if terbaca entry ni dan  mula menyimpan perasaan  pada yuyi , satu je nasihat aku, lengkap diri korang dengan teknik seni mempertahan diri dulu,sila percaya dia panas baran bila dah mengamuk habis pinggan mangkuk periuk belanga melayang, tapi jangan risaulah dia  terbangkan harta benda dia je. Aku salute lah dengan lelaki nak jadi salah seorang  lelaki yang boleh tahan dengan perangai yuyi  : )
akak pakai moisturizer, dia pun sibuk nak pakai, hambik ko mengelupas kulit muka
Gula-gula hacks pun nak jugerr pergi  rumah orang kahwin
Yuyi kata Ieqa Rahim good girl, tak banyak bunyik  sebab tu dia terpilih dalam senarai walimatul urus yang dia wajib hadir. Brengsettttkan statement tu. Anywhere  Selamat Pengantin Baru : ) semoga kekal bahagia till jannah
Yang pasti, dalam ramai-ramai blogger aku lah yang paling kerap mengambil  gambar tanpa arah tujuan
Tuan puteri pucuk kecubung akak kepada pengantin baru bersama dengan  Datin Poji(mama pengantin)
Kuat betul insting yuyi, sampaikan  kamera  aku  ni pun tak berapa mesra dengan seseorang tu .
Muka malu-malu kucing yuyi bila siphotographer suruh dia berdiri kat sebelah pengantin.
oh Ieka Rahim renungan mu fuhhh  menusuk kalbu

Suapkan makcik sikit.............










Sekadar luahan hati

1) Esok genaplah  setahun Ieqa Rahim tak update blog , aku tahu password blog dia esok jangan sampai  aku update gambar kahwin dia.

2)kahwin ! kahwin!!! eeee gembiranya aku Johan Asa'ari nak kahwin dengan Lana Nordin. Yang pasti jodoh tu rahsia Allah SWT..Hidup bukan dilihat dari permulaan tetapi pengakhiran.






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

3 comments:

Puan Eka said...

hehehehehe lebih kurang cam eka nanti baju kawen dia. colour blocking campo pink

Unknown said...

semoga cepat yuyi bertemu jodohnya..

muka yuyi can chinese kan..

Hantu Kak Limah said...

Pucuk kecubung !!! Mane nk carik tu..kihkihkih....
X sangke blogger femes sudi mengetip gmbar d sangkar usang ini..puipuipui
Ingatkn dh trkujat dek bunyi kompang ngn huluran pedang seni pencak naga..kihkihkih.....

Pengikut Tegar : )