Thursday 17 October 2013

Rombongan cik kiah ke Cameron Highland ; Century Pines Resort ;

Bersambung dari sini setelah puas memetik strawberry dan menghirup  udara segar  Ladang Teh Bharat, tiba  masanya  untuk kami merehatkan diri puas-puas pulak..Okey siri penjelajahan rombongan cik kiah ke sukan komanwel akan bersambung kemudian. Sekarang ni masa untuk bercerita pasal tempat penginapan kami  Century Pines Resort . Kami memilih untuk menginap Century Pines Resort kerana lokasinya terletak ditengah bandar Tanah Rata dan mudah  untuk   kemudahan awam seperti kedai makan,mini market, ATM  dan stesen bas(macamlah aku naik bas pergi Brinchang).Ia juga  berdekatan dengan pelbagai  tempat menarik antaranya ialah  MARDI Agro dan taman permainan kanak-kanak Tanah Rata. Yang bestnya  nak pergi Brinchang hanya mengambil masa 10 minit pada waktu bukan puncak.

Cer teka Firdaus intai saper????
Secara jujurnya kami amat berpuas hati dengan Century Pines Resort kerana suasana kawasan hotel serta  bilik  yang memuaskan .Disamping permandangan yang sungguh indah dengan suasana  kabus yang nyaman  setiap masa dan kehijauan pokok di sekeliling hotel.


 Sila abaikan model tak berbayar tu.Duplex suites, bilik atasnya dengan katil berukuran  king memang selesa dan ruangnya besar ditingkat atas


Sekejap sofa sekejap katil
Bihun goreng dan pizza tu aku bawa dari rumah
Tetiba pulak nak masak air : )



Lambatlah kalau nak tunggu mulut aku ni keluarkan ayat "I love strawberry"
Masa untuk beriadah bersama keluarga tercinta di Taman Permainan  yang terletak berhadapan dengan tempat penginapan kami




Tetiba pulak nak jadi mat bunga

Mat bunga no 2
Back to tempat penginapan ; aktiviti main belon sabun dibalkoni.


Masa untuk bersarapan  pagi buffet; Menu sarapan pagi yang disediakan pelbagai dan menarik,yang penting tempat mencukupi.
sembang anak beranak
sarapan pagi feveret

Lobi hotelnya  luas dan dilengkapi dengan WIFI(ada aku kesah)











Tarikh : 5 October 2013, Sabtu
Lokasi : Century Pines Resort
Lot 42, Jalan Masjid, Tanah Rata
39000 Cameron Highlands
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Peristiwa : Jalan-jalan hujung minggu







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )