Monday, 14 October 2013

Rombongan cik kiah ke Cameron Highland ; Bee Farm, Highlands Apiary Farm dan Cameron Valley

Lama sungguh rombongan cik kiah tidak menjejakkan kaki ke Cameron Highlands.Kali pertama dan terakhir rombongan cik kiah ke sana  adalah  pada tahun 1996.  Sedar tak sedar lama sungguh cik kiah tak buat rombongan ke sana. tu diaaaaa tak de angin tak de ribut tetiba je  pada 5 Oktober   kami  menjejakkan kaki ke Cameron Highlands buat kali kedua.

Kami bertolak dari rumah seawal  6.30 pagi untuk  mengelakkan kesesakan lalu lintas  di jalan NKVE.   Syukur Alhamdulillah cuaca sangat baik pada pagi tu , lebih kurang pukul 11 pagi kami semua selamat sampai di Cameron Highlands.Sampai sampai saje kami terus ke Bee Farm .


Firdaus sedang asyik mengalas perut dengan pizza air tangan aku
Sedap, pizza air tangan sendiri, dah tentu mewah dengan cheese
Nak sampai ke puncak kena drive kurang-kurang  50km lagi
Di sepanjang jalan menghala ke Cameron highlands terdapat beberapa gerai orang asli yang menjual hasil-hasil hutan , kraftangan , madu, rebung dan macam-macam  lagi.


Jangan risau kat Cameron Highlands ni memang penuh dengan aktiviti menarik .Salah satu aktiviti  yang sangat mendapat perhatian pengunjung ialah aktiviti memetik buah strawberry. 
Selamat datang ke Bee Farm
Kotak demo lebah madu boleh ambik gambar dekat-dekat.Lebah tu berada dalam kotak kaca, tak kacau orang punya

Kemasaman buah strawberry di Cameron  Highland ni boleh tahan juga .
eee ikan, macam tak pernah tengok ikan kan????????
Pokok jagung ke tu????dah tua pun tak kenal pokok jagung........



Walaupun mereka berdua tak suka makan buah strawberry, tapi mereka sanggup lupakan semua itu hanya untuk memastikan momen indah di sini terpahat abadi  dijiwa.


Suami aku sempatlah membeli sebotol madu untuk tenaga dalaman, haktuiiiii
Di sini juga ada menjual berbagai sebeniar, berbagai asam jeruk , madu .
Setelah lebih kurang sejam menghabiskan masa di strawberry farm dan Bee farm, kami terus ke Ladang Teh Bharat  signature brand mereka Cameron Valley.
Masa untuk menikmati permandangan Ladang Teh Bharat pula.
SubhanaAllah, alangkah indahnya  ciptaan Allah SWT


Alangkah indahnya kalau aku memiliki  pondok sebijik menghadap permandangan ladang teh macam ni
Firdaus siap bawak teropong dari rumah.Entah apa yang dia nak teropong pun aku tak tahu
Walaupun rasa scone ni ala kadar je tapi bila ianya dimakan ditepi ladang teh dengan diiringi angin sepoi-sepoi bahasa terus aku butakan mata sekejap scone tu ku sapu jem bluberry lalu kukunyah dan kutelan .erkkk Alhamdulillah kenyang.
















Tarikh  : 5 October 2013, Sabtu
Lokasi : Cameron Highland, Cameron Valley, Highlands Apiary Farm, Bee Farm
Peristiwa : Jalan-jalan hujung minggu




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang