Ayam masak merah mengingatkan aku suasana pagi raya , puasa pun belum lagi dah sibuk pasal raya.hua hua hua .
1 ekor ayam dibersehkan dan digaram kunyit
Ayam digoreng separuh masak terlebih dahulu
Bahan-bahan
1)1 ekor ayam dipotong dan digoreng
Bahan kisar
2)7 ulas bawang merah
3)5 ulas bawang putih
4)Dua ketul halia halia sebesar ibu jari-dihiris
5)6 batang serai -dihiris
6)15 tangkai cili kering
Bahan sampingan lain
1)setengah botol sos cili-aku guna sos cili life
2)suku tin pes tomato kimball
3)1/2 cawan susu cair
4)Gula, garam dan bahan perasa secukupnya
Bahan tumisan(Rempah kering)
1)2 batang kayu manis
2)3 kuntum bunga lawang
3) sedikit bunga cengkih dan pelaga
Cara-cara menyediakannya
Bahan tumisan(Rempah kering)
1)2 batang kayu manis
2)3 kuntum bunga lawang
3) sedikit bunga cengkih dan pelaga
Cara-cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumiskan rempah kering dan bahan kisar hingga naik bau
2)Masukkan cili kisar kacau hingga pecah minyak-guna api sederhana
3)Masukkan sos cili dan pes tomato diikuti dengan gula secukupnya ,kacau hingga naik bau
4)Masukkan Ayam yang telah digoreng dan susu cair
5)Perasakan dengan garam dan secubit serbuk perasa . Biarkan hingga masak
2)Masukkan cili kisar kacau hingga pecah minyak-guna api sederhana
3)Masukkan sos cili dan pes tomato diikuti dengan gula secukupnya ,kacau hingga naik bau
4)Masukkan Ayam yang telah digoreng dan susu cair
5)Perasakan dengan garam dan secubit serbuk perasa . Biarkan hingga masak
Ayam masak merah lauk peberet family aku waktu raya
Jelatah , hasil air tangan yuyi
Bahan-bahan
1) dua batang timun-kupas kulit dan garu dengan garpu kemudian dibelah tiga
2)sebiji buah nenas yang sederhana masak-nenas dikupas dan buang matanya.Kemudian belah 4, buang empulur dan hiris sederhana tebal
3)3 biji cili merah , potong memanjang , buang biji dan hiris nipis
4)dua biji bawang holland belah 4 dan dihiris nipis
5)segenggam udang kering-cuci berseh,keringkan dan kisar sederhana halus
6)cuka secukupnya
7)garam dan gula secukupnya
kesemua bahan hirisan tadi dituskan airnya
cara menyediakannya
1)Satukan kesemua bahan hirisan ke dalam sebuah mangkuk dan gaulkan sekata
2) masukkan udang kering kisar dan gaulkan sekata udang kering bersama bahan hirisan
3) Masukkan cuka , garam dan gula secukupnya.Bila jelatah dah cukup rasa, alih ke dalam bekas kaca dan sedia dihidang
Jelatah sedap dimakan selepas beberapa jam disediakan
Tarikh : 17 March 2013, hari Ahad
Lokasi : rumah sendiri
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .