Salam khamis,
Apa khabar kengkawan semua? diharap semuanya sihat belaka. Lama cik senah tak update blog sebab otak tak berapa nak sihat .Cik senah tengah sedih ni, peti ais peninggalan arwah ayah yang cik senah tatang bagai minyak yang penuh semakin nazak, bahagian atas peti ais tak sejuk seperti biasa. Siapakah yang harus dipersalahkan ?itu rasanya sudah tak penting lagi. Sebenarnya sejak my lovely peti ais rosak ikan, ayam daging , aneka sayur dah jarang bertandang kat rumah. Itulah paling aku terasa sekarang ni. Perlukah aku mencari penganti mu peti ais?Bila ku ingat bila ku kenang my lovely peti ais seusia yuyi cik senah down gilerrr.. Tabahlah wahai hati,, nak beli baru bukan sikit duit. Hasil menoreh cik senah kumpul sikit sikit ,InsyaAllah cukup bulan dapatlah cik senah beli sebijik peti ais baru.
Rutin harian cik senah waktu subuh masa anak-anak cuti sekolah ni(bajet anak 10) kentang ketung ketang kentung seawal 5 pagi. Waktu pagi & tengahari calling calling adik. Setiap hari skrip lebih kurang sama.
cik senah : Assalamulaikum adik, dah bangun?
adik : baru bangun.
cik senah : adik dah makan?tengah buat apa tu?
adik : belum.tengah tengok tv
cik senah : Jangan sepahkan rumah.Lepas makan , tutup tudung saji elok elok ye.
adik : ok
cik senah :Dah kemas bilik
adik : Belum.Tunggulah firdaus syok syok & selesa baru firdaus kemas.
cik senah : ahhh, apa maksud syok syok selesa tu?
adik : lepas firdaus setel main games, tengok video , tengok tv, tu maksudnya selesa
cik senah : ha ha ha cam tu pun boleh .
Sambung cerita pasal memasak. Sementara menunggu peti ais baru sampai makanlah dulu sambal sardin . Lepas ni kengkawan tak payah pelik, dalam minggu ni dua kali dah cik senah masak sardin. Jeng jeng jeng menu yang cik senah masak hari ni, sardin goreng cili bla bla bla bla
Sardin goreng cili api
Timun goreng udang kering
Telur dadar bawang
Telur masin, ek eleh apa kena dengan dua biji telur masin cik senah belah kanan macam sendu je kuningnya.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .