Friday 24 October 2014

Halloween Escape at Wet World Shah Alam 4 Oct- 31 Oct 2014


Salam Jumaat,,,


Tak sangka  pejam celik pejam celik, esok  dah  masuk tahun baru 1436 Hijriah. InsyaAllah semoga kita semua diberi hidayah dari Allah SWT.  Dikesempatan ini aku nak mengucapkan  Selamat menyambut Awal Muharram 1436 Hijrah buat semua umat Islam.Jadi , jom kita tutup buku lama, buka buku baru.

Berbalik pada tajuk entry di atas, Memandangkan hari Jumaat adik habis exam, jadi hari tu sabtu yuyi belanja adik mandi kat Wet World Shah Alam. Cik senah tumpang sekaki.  Pukul 9.30 pagi yuyi gerak dari rumah aku  terus ke rumah dia  ambik gula-gula hacks. Haish boleh tahan budak ni macam anak raja. Macam tak best pulak mandi- manda  bertiga.  Aku paksa  gula -gula hacks ikut. Sampai Wet World dalam  pukul 10 .15 pagi am. Nasib baik orang tak ramai.Agenda utama adik dengan akak ni datang sini mestilah nak berendam.Okey fine sebelum  korang semua berendam,tempat  penginapan   cik senah harus disediakan.Ha ha ha tak sah kalau mandi kat Wet World Shah Alam tak sewa Cabana.  Aku lepak baca majalah  dalam cabana sambil jaga bag....tetiba jekan  decide tak nak mandi : )


abang sado bertambah sado sekarang ni...
Macam budak oxford je!!!!

hobi baru menyengih
budak bertiga ni bila dah  jumpa air tak ingat doniya
Makanan kat sini kena upgrade untuk mengelakkan kegiatan penyeludupan makanan terus berlaku.Cik senah tak sempat seludup  muka cepat cuak

Kebetulan masa tu ,Wet World  buat Halloween Escape malamnya jadi dapatlah kami  tumpang sekaki bergambar dengan prop halloween sebelum balik.

 Mudah sangat adik terpengaruh dengan ajaran sesat  photographer bangla  Wet World. Ibu dah cakap ,posing macam tu  memang tak lah adik nak buat bila dah bujang teruna nanti. Yuyi cakap dia yang dah dewasa ni pun boleh terpengaruh apatah lagi budak kecik. Ha ha ha









Aku tak tahu  nak cakap apa,,,hampir 80 % posing adik  mengikut ajaran photographer bangla 
















Wet World Shah Alam
Persiaran Dato Menteri
Seksyen 2
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
  
Bayaran Masuk
Hari : Isnin, Selasa , Khamis dan Jumaat
Hari : Sabtu, Ahad, Cuti sekolah& Cuti Am

Ketinggian  90cm hingga 130cm = RM16.00
Ketinggian melebihi  130cm ke atas = RM20.00


*******************************































Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )