Wednesday, 12 November 2014

yau mak tam goreng bijan sedap, anak suka suami sayang

Salam rabu,,,

Cak!!!!!! tengah buat apa tu???  apa!!! "tengah buat bodoh"   jangan risau  odah tak marah pun dengar jawaban tu . entahlah ,hari ni lepas odah nampak jiran sebelah nun  usung beg komputer dan peta harta karun  odah rasa macam cool sangat-sangat . Ekceli odah memang cool je orangnya.  Cuma.... sesekali bila monsun  tapioca melanda odah tak boleh nak elak.  Tapi biasalah, bumi mana yang tidak  ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora. Ceh wah odah main laut nampak .  Sejujurnya, odah dah lama tak main laut asyik main kolam je. Teringin nak mandi laut tapi somi tak bagi .Dia cakap , sekarang ni cuaca tengah tak eloklah, perubahan monsunlah, bla bla bla and bla bla bla ...okey fine. Nasib baik odah ingat akan pesanan arwah mak odah "syurga isteri dibawah tapak kaki suami" terus odah zip mulut, Kalau  rasa tak puas hati ,odah bermonolog dalam hati je, tak pun odah ringankan  tangan tumbuk sambal belacan. Release sekejap. Kalau tak release jugak pakat masuk dapur, masak lah apa apa yang patut. Jangan tak tahu pulak yang memasak  jugak  adalah salah satu cara   release tension. Jom kita kentang kentung kentang kentung, hehehe, Inilah hasil dari kentangan kentungan odah pukul 5 pagi tadi : )



RESEPI YAU MAK TAM GORENG BIJAN
 Bahan-bahan
1)yau mak tam secukupnya[1 paket ,lebih kurang 300-400gm]
2)1/2 sudu besar bijan
3)4 ulas bawang putih[dicincang]
4)Secubit garam
Cara menyediakan
1)Panaskan 1 sudu besar minyak masak & 2-3 titis minyak bijan dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau dan keperangan
2)Masukkan bijan, tumis hingga keperangan
3)Masukkan yau mak tam dan besarkan api. Tabur garam keatasnya.Kaup balik sekejap dan tutup api


Masa menumis guna api kecik dan  sentiasalah dikacau

Yau mak tam goreng bijan
Pecahkan 4 biji  telur ke dalam sebuah bekas , masukkan sedikit kicap cair , secubit parsley flakes dan  bawang  holand yang telah didadu. Pukul sekata . Panaskan sesudu besar minyak masak dalam kuali..Ratakan minyak dalam kuali dengan memusing kuali . Bila minyak dah panas ,masukkan bancuhan telur. tadi . Masak hingga kedua-dua bahagian. menjadi garing.
Sardin goreng cili ; resepi kat [SINI]








Sekian terima kasih. Majulah sukan untuk Negara : )















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Selamat datang