Showing posts with label bulan puasa. Show all posts
Showing posts with label bulan puasa. Show all posts

Wednesday, 9 September 2020

Restoran subangku kat Subang Airport



Tanda blogger tegar , mesti banyak  entry yg ditaip dlm draft, mcm makcik.ha ha ha.Korang sabar jap, makcik update satu persatu. Makcik mula ngan entry cerita  buka puasa ramadan 2016, mesti  korang nak  sepak makcik  laju laju kan. Sepak lah makcik tak marah. Huk huk huk

2016  budak form 3 , darjah 5, badan masih bambam. Cik yuyi  baru setahun kahwin

Alo alo budak form 3  omei dan bambamnya  .Masa ni nasi menjadi  peneman setia. Budak form 3 dan nasi berpisah tiada


Atas meja ketam sweet sour, roti mantou goreng, lala steamed ginger & garlic,nasi goreng cina,siakap steamed limau,shark fin soup, ayam goreng.

Kalau korang perasan,  di rumah makcik jarang masak seafood  terutama ketam. Tu yg bila makan kat restoran seafood , cik yuyi order  banyak seafood.

Menu makanan kat sini sedap2 terutama seafood,  harga pun berpatutan .  ,one of the best seafood restaurant in town gitew



Restoran Subang ku
Lot 68, Jalan Lapangan Terbang Subang Terminal 3
47200 Subang
Selangor













Monday, 22 June 2015

Juadah sahur mudah dan ringkas budak-budak suka

Salam Ramadhan


Sempena  ramadhan bulan yang penuh barakah ni, syukur Alhamdulillah cik ina semakin rajin update blog. Harap kerajinan cik ina berkekalan . Tapi biasalah, bila update blog dalam bulan ramadhan ni  ceritanya berkisar lebih kepada masak,juadah sahur dan juadah berbuka. Cakap pasal sahur ni,ada dua pilihan bersahur. Sahur dengan makanan berat-berat dan sahur dengan makanan ringan dan mudah. Terpulang pada citarasa masing2. Sesiapa yang memilih bersahur dengan makanan berat -berat bolehlah buat nasi goreng cina yang macam cik ina  buat ni.


Resepi nasi goreng cina
Bahan-bahannya
1)4 cawan nasi
2)1/2 biji bawang holand[dipotong nipis]
3)4 ulas bawang putih[dicincang]
4)1 keping fish cake[dipotong nipis]
5)3 helai daun kobis panjang[dihiris  nipis]
6)4  biji telur 
7)kicap cair secukupnya
8)lada sulah
9)minyak bijan
Cara memasak
1)Panaskan minyak, tumis  bawang holand  dan bawang putih  hingga naik bau dan agak garing
2)Masukkan fish cake ,kacau sekejap..
3)Masukkan kobis panjang dan kacau sedikit
4)Ketepikan bahan dalam kuali ke  tepi kuali.Pecahkan telur ,biar  ia mengeras sedikit baru dikacau. Biarkan telur  sedikit garing.
5)Masukkan nasi sejuk-Gaul rata dan tekan nasi supaya tidak berketul-ketul 
6)Perasakan dengan kicap cair dan lada sulah. Titiskan minyak bijan  beberapa titis .
7)Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum.





Cik ina guna kicap cair yuen chun



Nasi goreng cina ni tak pedas sesuai untuk budak-budak

Kalau suka boleh layan nasi goreng cina  bersama kicap cili (Hirisan cili api bersama kicap cair) 


Ayam goreng ni  atas permintaan adik. Buatnya mudah je, suku bahagian ayam belah peha ,  dipotong kecil kemudian dibersihkan dan digaul dengan garam dan rempah kari. Biarkan sekejap kemudian  goreng ayam tadi hingga garing.
















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .