Salam Rabu semua!!!!!!!
Seperti biasa setiap tahun ,cuti tahun baru cina cik senah & family tak berjalan kemana-mana cuma rabu petang lepas kerja cik senah & family terus pergi rumah mil . Petang rabu tu rumah MIL ada buat makan besar sempena malam tahun baru cina(cerita makan besar InsyaAllah next entry cik senah cerita) . Kemudian ,keesokannya anak cik senah yuyi pulak ada jemputan kenduri doa selamat sempena bakal mak mertuanya nak pergi umrah. Petang habis kenduri doa selamat yuyi terus balik ke rumahnya. Pada sebelah malamnya,takde angin takde ribut,tiba-tiba yuyi telefon ajak cik senah pergi mandi manda dekat sg.gabai. Hehehe , kebetulan esok paginya cik senah memang nak buat nasi lemak jadi cik senah bawaklah nasi lemak tu untuk makan kat air terjun, cehhh wahhh. Cik senah minta maaf, takde entry pasal mandi manda sg .gabai.(just for info, sg.gabai masa cuti memang terserlah kegabaiannya) Cerita hari jumaat done. Hari sabtu pagi adik mengaji macam biasa,petangnya shopping barang dapur dengan yuyi kat Jusco Bukit Tinggi. Hari minggu , operasi mengemas laman rumah dengan yuyi.Fuh!!!!!tetiba cik senah rasa penat main dengan tanda koma sampai mati pun tak habis. Ekceli cik senah prefer lagi tanda noktah . Sungguh terserlah kezaliman cik senah. Teruskan bertabah cik senah. Kadang-kadang Allah SWT ,hilangkan sekejap matahari,kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat . Puas kita mencari di mana matahari , rupa-rupanya Allah SWT nak hadiahkan kita pelangi yang indah.InsyaAllah.
Vivo, habuan setelah penat mengemas laman rumah
encem tak abang sado???
New York Caramel Cheesecake, cik senah bagi 10 bintang!!!!
Citrus Heaven & Bananarama-
Carbonara Linguine, 4 kali suap terus sengkak perut sebab kenyang sangat
Hawaii 8" inchi cik senah bagi 10 bintang
Baked chicken chop with black pepper sauce
Cajun Spice Wing
Cik senah rasa cukup setakat ni saje untuk hari ni, nanti ada masa cik senah roger roger.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .