Showing posts with label suami isteri. Show all posts
Showing posts with label suami isteri. Show all posts

Thursday, 12 February 2015

Kupang goreng cili cik senah style, cuba jangan tak cuba


Salam Rabu,



Sebenarnya bila difikir- fikir balik, cik senah macam tak percaya yang lepas balik kerja semalam  cik senah boleh sental jamban dan lantai dua bilik air sekali gus. Cik senah memang macam tu,bila dalam situasi  stress, marah, terperanjat, trauma, geram dan seumpama dengannya,  otomatik  cik senah jadi rajin. Cik senah dapat rasakan yang otak ,kaki dan tangan cik senah lebih aktif dari biasa bila berada dalam situasi tersebut. Kalau boleh satu rumah cik senah nak sental.Tapi yang pasti masyarakat sekeliling dan keluarga bukanlah penyumbang utama kepada situasi tersebut. Malam, selepas memuntahkan segala yang mendera , baru terasa penat, lenguh kaki tangan. Adik prihatin, dia siapkan tempat tidur. Kami sempat berbual-bual sebelum lelapkan mata

Adik :  Mak, firdaus tanya sikit boleh?

cik senah :  tanyalah.apa dia

Adik : betul ke mak makcik cleaner

cik senah gelak tutup mulut : haishh mana adik tau ni?

Adik : firdaus tengok kat instagram  mak. mak tulis makcik cleaner

cik senah : ohhhh dah pandai skodeng instagram mak ye. Apasal, firdaus  malu  mak, makcik cleaner. Sampai hati firdaus malu mak cleaner .firdaus malu jugak ayah keja boatman.

Adik buat muka geram  : makkkk, saper cakap firdaus  malu, firdaus  konpius je

cik senah : Nape  firdaus konpius.

Adik : Ingat tak masa firdaus kecik dulu mak pernah  bawak firdaus pegi ofis mak.

cik senah : hurmmm ingat  nape??

Adik : Firdaus tengok mak keja taip taip. Bila mak keja cleaner

cik senah :  mak boleh taip mak boleh cleaner , semua boleh

Adik buat muka geram : mak , janganlah main main

cik senah : okey fine,  mak nak tanya ni, firdaus malu tak  bagitau  kawan firdaus mak keja celaner.

Adik :  nape nak malu, kecualilah mak suruh rahsiakan  pekerjaan mak. Tapi firdaus nanti cakaplah ngan kawan firdaus, sekarang ni mak firdaus keja cleaner nanti lama keja mak naik pangkat.

cik senah gelak dalam hati : dah lah adik baca doa tidur..Dah pukul 11 ni dah boleh tidur , esok pagi nak sekolah.

Mimpi makcik cleaner kita malam ni : )

 Nota kaki, nobody's perfect 10, jadi tak perlu rasa down bila orang lain merendah-rendahkan keupayaan kita. Selagi hayat dikandung badan teruskan berbuat kebaikan dan mengisi ilmu didada. #memenuhilmudidadaitupenting. #tuntutlahilmuwalaukenegaracina


Ermm  nak cerita apa lagi ya????lepas cerita pasal makcik cleaner , cik senah  cerita pasal boatman lah pulak ye . Malam  dua hari lepas, somi aka boatman  bawak  balik kupang. Dia sendiri cari  kupang tu. Hati cik senah di dalam berbunga gembira. Tak moh tanya dia macam -macam. Nak tunggu dia jawab perut kenyang jadi lapar. Spesis somi cik senah tanya sepatah jawab sepatah. Better cik senah fikir nak masak apa kupang tu.


Anggaran 1/2  kilo kupang


RESEPI KUPANG GORENG CILI CIK SENAH STYLE
Bahan-bahan

1)kupang [dibasuh berseh dan disejat airnya]
2)halia sebesar ibu jari [dihiris bulat-bulat]*
3)2 batang serai[dititik]*
4)5 biji bawang merah[dihiris nipis]*
5)5-6 ulas bawang putih[diketuk dan di buang kulit]*
6)3 sudu besar serbuk rempah kari [dibancuh dengan air]
7)15 tangkai cili kering[rendam dengan air panas dan dikisar kering]
87)3 sudu besar sos tiram
9)1/2 sudu kecil gula

Cara memasak
1)Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang bertanda bintang  hingga naik  bau dan agak garing
2)Tumiskan cili kisar hingga pecah minyak
3)Masukkan rempah kari  dan sos tiram[tumis sekejap]
4)Masuk kupang dan 1/2 sudu kecil  gula[gaul sekata]. Tutup kuali dengan penutup dan biar sehingga kupang masak[ kupang akan ternganga bila  dah masak]
6)Tutup api. Sedia untuk dihidang.



















Cukup setakat di saje perkongsian cik senah untuk hari ni. Kalau ada masa lapang nanti cik senah update lagi .Sekian  terima kasih.















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, 17 May 2013

Al-kisah pada 12 hb March 2013

Pada satu hari  12/3/2013.

Arghhh geram,dah berapa kali aku dok bagi hint, dia buat dek je."Awak  tahu tak hari ni hari apa?"Aku tanya suami  minta kepastian.
"entah, mana saya tahu," jawab suami acuh tak acuh.
Aku mengigit bibir  menahan geram. "Kenapa susah benar suami aku hendak mengingati tarikh lahir aku?"Aku  kata dalam hati. "betul ni? awak tak tahu hari ni hari apa?" Aku tak puas hati aku tanya lagi.
 "hari ni harijadi awak ke?baik awak cakap.Kalau hari ni harijadi awak boleh saya ucapkan selamat hari jadi."  Kata-kata itu disusuli dengan gelak tawa yang berdekah-dekah.
 "hurmmm ye, hari ni hari jadi saya,"jawab aku mendatar.
"alah ciannya, mana saya tahu  hari ni harijadi awak, pujuk suami seraya menarik aku ke dalam pelukannya."Selamat hari jadi ye, semoga awak panjang umur dan dimurahkan rezeki."

Sepanjang hari aku senyum sampai ke telinga.Patutkah aku  marah dan kecil hati pada  suami bila dia tidak   mengingati tarikh lahir aku sedangkan kami berdua   sama sahaja dua kali lima . Tak payahlah pelik dengan kami,kami mungkin salah satu pasangan di dunia yang tidak mengingati tarikh lahir pasangan selainnya kami juga seperti pasangan lain .

Tinggalkan kisah 12/3/2013,  mari kita kembali kembali ke masa kini, 10hb petang jumaat, lepas  balik  kerja ,suami   bawak aku dengan Firdaus  makan  kat luar

Lai chee kang
Lai chee kang lagi
Jarang bertukar menu ; Setiap kali kami makan kat kedai seafood org melayu kami mesti order tomyam seafood tambah lauk,kailan goreng ikan masin atau bawang putih tak pun kangkung goreng belacan.
Jarang  bertukar menu, Firdaus dah tentu makan nasi goreng cina dengan ayam goreng kunyit
Kailan goreng bawang putih yang diekspresikan dalam bentuk kailan goreng bawang besar : )
bukti kailan ni digoreng dengan bawang besar : ) "yang,doang tak pandai goreng kailan ngan bawang putih ke?" Bersunguh-sungguh suami bertanya." Aku jawab,"orang melayu jarang goreng sayur guna bawang putih."

Bersebelahan  tempat kami makan ada kedai kek. Lepas makan  Firdaus ajak aku singgah kedai kek
Sejurus selepas balik dari sekolah Firdaus unjukkan sekeping kad happy mothers day kat aku . Aku tanya dia "kad  ni untuk siapa?" "entah, tak tahu saper punya,"kata Firdaus sambil gelak-gelak.

"Mak , ni kek untuk hari ibu tapi boleh tak Firdaus suruh ayah yang makan dulu kek ni?" Aku menahan geram.






Sekadar luahan hati


Cubalah bermusabah diri, Jangan fikir diri tu dah cukup bagus duduk kat dunia pinjaman Allah SWT ni. Dengan sabun serbuk  top pakaian  saya  menjadi  berseh dan sentiasa harum. Gunakanlah sabun serbuk top top dan kita mesti top. Bak kata orang tua, kencing masih bercabang 40 jangan nak tunjuk pandai.








Tarikh : 10 May 2013
Lokasi : Abu Tomyam, Klang
Peristiwa :  Jalan-jalan cari makan malam




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .