Friday, 21 November 2014

Cik senah comeback dengan cendawan goreng ranggup ; sesi masak bersama Delichef seasoning mix

 Salam Jumaat...



Assalamualaikum , tengah buat apa tu? Cik senah di sini tengah maintain sakit telinga & tekak.  hurmmm jarangkan  kita dengarkan sakit telinga & tekak .Selalunya  kita dengar  sakit kaki & mulut .Tulah pasalnya,rasa macam ada benda kat tekak ni sampaikan  nak makan,minum dan bercakap  pun susah .Balik kerja petang  semalam anak cik senah terus bawak  cik senah pergi klinik. Lepas doktor check, dia bagi cik senah  injection. Sementara menunggu cik senah selesai mendapat rawatan sempat   anak cik senah   beli makanan untuk makan malam cik senah & co di kedai berhampiran. Syukur Alhamdulillah. Masa dah sampai rumah tu mata dah lalok semacam.  cecepat bersehkan badan , isi perut sikit lepas tu terus  zzzzzz, tak sampai beberapa minit tidur cik senah terbangun . Bibir sebelah atas cik senah terasa kebas & bengkak  semacam. cik senah  raba bibir OMG  terasa ada benjolan bengkak , apakah cik senah alergi???? Mohon kengkawan semua doakan kesihatan cik senah ye : ) Thank you semua. Okeylah, cik  senah  nak cerita pasal adik yang tak  gemar makan cendawan pulak. Sebenarnya selama ni cik  senah tak tahu pun yang adik tak suka makan cendawan. Untuk  kali ke berapa entah cik senah masak  sayur campur cendawan. Ada  satu hari tu, adik cakap kat cik senah "mak , lenkali boleh tak jangan masak sayur macam payung tu", sambil tunjuk cendawan dalam sayur campur. Huk huk huk semenjak dari hari tu,,,, cik senah dah tak masak dah cendawan.

Lepas tu entah macam mana dua hari lepas , balik kerja  terus ke dapur goreng cendawan. Cik senah tak beritahu adik pun yang cik senah goreng cendawan . Nak surprise lah konon.


RESEPI  CENDAWAN GORENG RANGGUP
Bahan-bahan
1) cendawan secukupnya[cuci berseh dan tus&sejat airnya]
2)1 sudu besar black pepper seasoning mix Delichef
3)2 sudu besar  tepung gandum
4)3 sudu besar tepung beras 
5)secubit serbuk kunyit
6)1biji telur
7)Air[secukupnya untuk membancuh tepung]
Cara memasak
1)Satukan semua bahan (kecuali cendawan) dan kacau sebati.Ketepikan
Kepekatan adunannya tak terlalu cair dan tak terlalu pekat . Kurang lebih macam kita nak buat  adunan tepung goreng pisang
2)Panaskan minyak dalam kuali.
3)Celupkan satu persatu cendawan ke dalam adunan tepung  dan goreng secara deep fry dalam minyak yang cukup panas  [Pastikan cendawan betul-betul kering sebelum digoreng]
4)Angkat cendawan  setelah berwarna kekuningan


 cendawan goreng ranggup cik senah, macam mana mantop tak?



Lepas siap mengoreng cendawan cik   senah hulur 2-3 ketui kat adik . Sukanya adik makan cendawan goreng, 2-3 kali jugak dia mintak tambah. Selepas adik mencuba  cendawan goreng ranggup ini buat pertama kali , dia terus jatuh cinta dengan  rasanya yang sedap dan teksturnya  yang ranggup.


























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .