Salam 1 Syawal............
Apa khabar kengkawan? Aku harap kengkawan semua sihat sihat belaka. Hari ni 1 syawal semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri .Raya aku tahun ni biasa -biasa je sama macam tahun tahun sebelumnya kitaorang tak beraya dirumah. Apa apa pun sebelum meninggalkan rumah ,juadah raya wajib dimasak dulu Juadah raya aku takde lah meriah sangat , ayam masak merah,rendang kambing,nasi himpit dan kuah kacang menu wajib .Kalau ada kerajinan aku tambahlah menu sambal sotong kering ke ,udang ke, kuah lodeh ke tapi sayang amat-amatlah jarang ada kerajinan tu.Selalunya 4 menu jelah yang ado.
Aku ni jenis yang tak suka buat kerja kelam kabut selalunya sehari sebelum memasak juadah raya aku akan menyiapkan bahan-bahannya dulu.
Dibawah ni adalah antara bahan-bahan penting [pentinglah sangat] yang aku siapkan sebelum memasak juadah raya
Chefal amat membantu didalam proses mengoreng kacang tanpa minyak .8♥
Kacang yang sedia untuk dikupas kulit dan kisar
Acara paling aku suka, melapah daging kambing. Step pertama daging dipotong sederhana besar,tak payah cuci ,terus masuk dalam beg plastik dan simpan dalam peti ais. Daging ni sebelum potong tak nampak banyak ,lepas potong baru perasan banyak giler .Tu yang masak separuh je,separuh lagi simpan.Lagi acara yang paling aku suka ,membuang lemak pada ayam yang telah siap dipotong.Setelah siap proses membuang lemak ,cuci berseh ayam kemudian kita gaulkan ayam tadi dengam garam,kunyit dan serbuk jintan manis . Masa untuk menyimpan,,masukkan ayam dalam beg plastik terus simpan dalam peti ais.
Ayam yang dah sedia untuk dibungkus dalam beg plastik
Lagi ayam yang sedia untuk dibungkus.....
Dapat dua beg plastik ayam,sebelum raya masak seplastik, lagi seplastik simpan.
Diary syawal 2014 cik ina do do cheng
Pejam celik pejam celik,ramadhan 2014 sudah pun berakhir,kini syawal menjelma,dikesempatan ini aku sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014,maaf zahir dan batin.Maafkan aku sekiranya ada tersalah silap dan terkasar bahasa sepanjang perkenalan. Akhr sekali dari aku,semoga lebaran kali ini memberi seribu makna.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .