Thursday, 2 May 2013

Top 10 Easy lunch recipes ; aneka resepi dari ayam dan ikan ; resepi step by step

yeah yeah yeah 1 May 2013  cuti kerja. Apasal yek?Bila dengar je cuti hati di dalam mulai berbunga-bunga.Tapi yang menyampahnya ,bila  duduk kat rumah   masa terasa  cepat je  berlalu,cuba  masa berkerja hazab je nak tunggu waktu balik kerja pukul  5.45 petang . Betul kata orang, bila kita sedang berbahagia masa berlalu dengan pantas,masa  sentiasa tak mencukupi dan  masa juge sentiasa mencemburui kita.Oleh sebab itulah kita digalakkan untuk mencipta masa berkualiti bersama keluarga tersayang. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh blog cik ina do do cheng.popoyokan
Bahannya ringkas saje
1)5 ulas bawang putih -dihiris
2)1 inchi halia-dihiris bulat
3)3 helai daun purut
4)1 1/2 labu bawang besar-dipotong baji
5)lebih kurang 10 biji cili api-dibelah dua
6)Seketul kiub pati tomyam
7)separuh ekor ayam(size sederhana)-dicuci berseh dan digaram kunyit
5 batang kacang panjang-dikerat lebih kurang 1 inchi 
ayam yang telah siap dicuci berseh dan digaram kunyit

1)Tumis hirisan bawang putih, halia, bawang besar dan daun limau purut hingga layu dan naik bau-guna api sederhana
2)Masukkan ayam -Biarkan ayam menjadi suku masak atau kecut

3)Masukkan kacang panjang diikuti dengan cili api-biarkan kacang menjadi suku empuk
4)Pecahkan kiub pati tomyam -kacau sekata
5)Masukkan 3 sudu besar cili sos, sesudu besar sos tiram dan sesudu besar kicap pekat-kacau hingga ayam bergaul dengan sos
6)masukkan lebih kurang  300ml air-kecikkan api dan tutup kuali-Biarkan ayam masak dan kuahnya menjadi sedikit pekat
7)Sebelum diangkat perasakan dengan garam dan gula

Ayam versi paprik dan tomyam
Nama ikan   tak tahu , aku main beli je. Masa bayar  kat kaunter ,aku  ada tanya kat orang kedai  tu nama ikan ni. Kelakar , bila  dah sampai rumah aku  terlupa pulak namanya : (
1)Siang dan cuci berseh  ikan tanpa nama tadi  .Kelar ikan kemudian  digaram kunyit.
2)Kisar  lebih kurang 10 tangkai cili kering bersama  5 ulas bawang putih
3)dua sudu besar cili sos
4)dua sudu besar tomato sos
5)1 1/2  labu bawang  Holand -dihiris bulat
Ikan tanpa nama yang telah siap digoreng
1)Tumis hirisan bawang besar hingga naik bau-angkat dan letakkan hirisan bawang goreng di atas ikan
2) Tambahkan sedikit minyak ke dalam minyak lebihan mengoreng hirisan bawang tadi
3)Tumis cili kisar hingga pecah minyak-guna api sederhana
4)Masukkan cili sos dan tomato sos-kacau sekata kedua -dua sos dan biar sekejap
5)Masukkan 200ml air-biarkan sosnya menjadi sedikit pekat
6)Sebelum diangkat ,perasakan dengan gula,garam dan secubit perasa
7)Tutup api dan tuang sos di atas ikan

Ikan tanpa nama masak sos






Tarikh : 1 May 2013, Rabu
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan tengahari cum makan malam




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang