Monday, 25 March 2013

Ayam panggang black pepper ; resepi ibu mithali...

 Tajuk tak henggat, mau ibu mithali di luar sana terbakar. Aku tak nak cakap lebih-lebih, mata aku tengah berpinar ni.Dari pagi  sampai  la ni tak habis habis  memasukkan data yang tidak mendatangkan hasil.Lebih baik kita cerita pasal masak-masak. Dalam kajian rambang aku, teknik memasak dengan cara memanggang , membako, mengukus, membening dan apa saje teknik yang tidak perlu mengunakan tenaga yang berlebihan amat bersesuaian  untuk  makcik  bekerja yang sering keletihan serta   lenguh segala anggota badan seperti aku .Tunggu apa lagi , jom memanggang......

Bahan-bahan untuk  perap ayam (anggaran sekor ayam sekilo)

1) 2 inci halia
2)5 ulas bawang putih

kupas kulit , cuci berseh dan kisar kering

3)3 sudu besar lada hitam kisar
4)1 sudu kecil  jintan manis & 1 sudu kecil  jintan putih
5)dua sudu besar madu
6)sedikit kicap cair
7) dua sudu besar besar sos tiram
Gaul bahan perap  dengan ayam dan perap selama lebih kurang 1-2jam
Masukkan ayam yang sudah diperap dalam plastik berseh /ziplock. Kat rumah aku tak de plastik ziplock bagai , aku bantai guna plastik terpakai billion.
Panggang selama sejam dalam suhu 180 celcius. Kalau nak mendapatkan ayam black pepper yang  bersopan santun silalah ikat kedua kaki ayam tadi sebelum dipanggang
Budak yang dah tak sabar nak makan ayam panggang yang lemak berkrim

sos cili makcik tempe ni mantap, buatnya mudah saje

Bahan-bahan untuk sos cili

1)7  biji cili besar
2)3 ulas bawang putih
3)1 cm inci halia

kisar semua bahan

Masakkan bahan kisar dalam kuali, campurkan sedikit air, biar agak mendidih,didihkan guna api sederhana.Untuk rasa masam masukkan sedikit cuka atau sesudu besar cili sos . Akhir sekali masukkan gula, sedikit garam ngan secubit serbuk perasa. Pekat kan sos cili ngan 1 sudu kecil bancuhan tepung ubi .




  Zalim....akibat kerakusan aku peha ayam yang sebelah kanan hampir tersiat
Peha ayam yang sudah tersiat tu dikokak  Firdaus seperti kumpulan malaikat maut mengkokak itik serati dalam Filem Rock oo

Lauk tambahan ; sawi batang putih goreng dengan bawang putih dan sos tiram
Sedapnya mengkokak  ayam panggang black pepper ni , jangan lupa cuba resepi makcik tempe ni : )





Tarikh : 23 March 2013-Sabtu, 1 petang
Lokasi : rumah sendiri







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang