Thursday, 29 November 2012

obsessed dengan kecantikan ?? tak lah ikan , tempe dan yong tau fu je

Aku sendiri pun tak tahu macam mana  dalam banyak-banyak makanan yang melambak kat Malaysia ni  aku boleh begitu obsessed  dengan ikan,tempe dan yong tau fu .Tak kiralah samada yong tau fu sup atau bersambal, ikan pulak  mestilah  yang distim atau berkuah dan tempe dah semestinya tempe goreng cili.

Berbalik pada cerita yong tau fu ; Malam tadi suami bawak aku ke kedai ayamas untuk  beli  ayam honey atau  ayam black peper  untuk dia. Kebetulan plak masa pergi ayamas tu suami lalu kat depan gerai Marisa Yong Tau F apa lagi bila terpandang je ayat "yong tau fu " je  aku  ajak suami balik ambik Firdaus kemudian terus bawak makan kat situ.excitedkan : )

 Terima kasih kepada Ambrynaa yang sudi menaja gambar untuk entry kali ni: )



Marisa Yong Tau Fu Sup 
 Simpang Empat 
Teluk Pulai, Klang

Bermacam-macam pilihan yong tau fu di Marisa ni. Rambang mata dibuatnya.

Yong tau fu sup yang  aku makan malam tadi lebih kurang macam ni. Yong tau fu sup ni yang specialnya ia dihidang bersama sos/kuah yong tau fu. Ikut cara tekak kitalah nak makan cara macam mana sekalipun.

Masa ni suami tak nak makan dia kata dia kenyang lagi. Aku orderkan  untuk Firdaus jelah  nasi goreng cina dan ayam goreng seketul.Tapi sekali nasi goreng cina yang aku order tu sampai mak haih aku nampak  cili api lebih kurang 1/2 cm  merata alam.Aku asingkanlah cili api yang ada pada nasi goreng tu tapi belum pun habis  aku asingkan suami aku terus ambik nasi goreng tu  dan  kemudian  dia suruh aku order  nasi goreng yang sama cuma tak nak  letak cili api.Tapi dari wajah suami aku yang sedikit kelat tu  aku dapat mengagak apa yang sedang bermain dimindanya. Aku tahu  mesti dia bengang dengan perempuan yang ambik order tadi sebab tak alert dengan benda-benda cam tu.......takkan lah dia tak  tahu yang  nasi goreng tu untuk kanak-kanak .Aku kenal sangat dengan suami aku........... kalau dia  diam je maksudnya dia benganglah tu.



Pesanan khidmat masyarakat penyayang


putubambu  ; apa khabar? nak tunggu tahun 2013 ke baru nak update blog?





 Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang