Syukur Alhamdulillah , selesai sudah shopping baju raya untuk si bongsu. Si sulung , si tengah, si bongsu tak jadi masing masing dah besar panjang, pandai pandailah shopping baju raya sendiri. Macam geliks pulak guna perkataan shopping sebab tak de benda pun yang aku shopping cuma baju melayu sibongsu,baju keja dan shawl lelong RM10 sehelai je.Ha ha ha ekceli setiap kali raya yuyi yang beli kelengkapan baju raya si bongsu dan si bongsu tak jadi ni tapi tahun ni aku mengoffer diri diri beli. Tahun aku tak nak bagi yuyi penat nanti balik dari oversea bolehlah dia relax sikit.
Kebetulan hari khamis aku cuti jadi aku ambik kesempatan shopping.Nak jalan sorang rasa kekok,aku cutikan adik .Dah cikgunya cuti anak murid kenalah dicutikan ha ha ha . Memandangkan rumah aku bersebelahan dengan stesen komuter senang sikit nak bergerak ke mana-mana bila yuyi tak de. Destinasi pilihan aku selalunya Shah Alam sebab senang, turun je stesen komuter Shah Alam banyak teksi dah sedia menunggu di situ.Lagipun tambang teksi dari situ nak ke pusat bandar Shah Alam cuma RM6 berbanding dari stesen komuter Port Klang ke pusat membelah JJ bukit Tinggi atau pusat membeli belah yang berhampiran aku terpaksa membayar tambang teksi RM20 atau RM30.
Bila komuter sampai di Padang Jawa aku terus wasap si bongsu tak jadi ,ajak dating kat SACC Mall .Masa tu jarum jam baru menunjukkan pukul 12 tengahari sempat lagi aku nak ajak dia dating sebab dia masuk keja pukul 2 petang.Aku tunggu dia kat Asiari,cinabeng kalau aku tahu dia tak nak makan tak kuasa aku nak ajak dia dating.Si bongsu pun tak nak makan ,katanya dah kenyang .Last last aku sorang yang makan.
Sebelum si bongsu tak jadi berangkat ke tempat kerja ,dia ajak aku masuk Big Apple Donuts,katanya nak tapau 3 ketul donut .Aku layankan je,yang tak boleh blah dengan aku yang perut dah kenyang ni pun boleh membedal 2 ketul donut kat situ.
Gula -gula si manja aka si bongsu tak jadi tapau 3 ketul Big Apple Donuts untuk dibawa ke tempat kerja
Si bongsu tak jadi vs real sibongsu
Setelah seharian shopping,sampai je kompleks PKNS si bongsu mengadu lapar tulah padan muka tadi kat Asiari aku ajak makan tak nak. Sejujurnya,tak pandai aku nak cari tempat makan yang lain kat kompleks PKNS ni kecuali kat cafe G-15 yang ada jual ani sup utara tu je.kelakarkan aku ni.
Perut aku tak delah lapar sangat tapi tetap jugak nak makan Ani mee sup utara dan minum air tembikai susuTarikh : 26 June 2014, Khamis
Lokasi : SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .