Friday, 20 June 2014

Resepi sambal ikan bilis petai , koleksi juadah kegemaran keluarga

Ahlan wa sahlan  (أهلاً و سهلاً) ya Ramadhan




Bersambung dari entry di SINI, okey  adik adik semua dah bersedia dengan pen dan kertas???Jika adik belum bersedia, makcik nak pesan "masa tak akan pernah menunggu kita, kita yang kena kejarnya .Mari kejar kejar masa. Masa sentiasa mencemburui kita .Masa itu ibarat emas.Emas itu bukan masa...sekianlah puisi Masa .Dadi dadi dada, dadi dadi dada, dadi dadi dada


RESEPI  SAMBAL IKAN BILIS PETAI  (cukuplah untuk 5-6 orang makan)
Bahan-bahan
1)3 papan petai[dikupas kulit dan dibelah dua kemudian digoreng sekejap dalam minyak panas. Ketepikan.
2)Segenggam ikan bilis digoreng secara deep fry .Ketepikan
3)4 biji bawang merah & 3 biji bawang putih[kisar bawang  bersama sedikit belacan mengunakan pengisar kering
4)1 1/2  cawan cili kering kisar
5)1 1/2 sudu besar gula
6)100 ml air asam jawa cair
7)Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dalam kuali,tumis bawang kisar hingga wangi
2)Masukkan cili kisar diikuti dengan garam, tumis hingga pecah minyak
3)Masukkan air asam jawa dan biarkan  mendidih dan sedikit kering 
4)Masukkan petai tadi dan diikuti gula dan serbuk perasa secukupnya
5)Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng dan  kacau sekejap  kemudian angkat

Sambal ikan bilis petai mokcik

Huk huk huk  pilu sepilu pilunya  hati ni  pagi tadi, macam mana  tak pilu setelah kusiapkan  aksesori nasi lemak,  baru ku sedar  santan kotak Kara yang aku nak guna untuk masak nasi lemak  dah rosak dek kerana terdedah terlalu lama dalam esbok. Projek nasi lemak tergendala, makan jelah aksesori nasi  lemak tu dengan nasi putih.







Tarikh : 20 June 2014, Jumaat
Lokasi :  Rumahku syurgaku








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .