Tuesday, 24 June 2014

Darabif burgers vs. Bulgogi Brothers Korean Burger yang mana satu, pilihan daku? koleksi juadah kegemaran keluarga

Pada suatu petang di sebuah pasaraya, di Malaysia, aku diperkenalkan oleh yuyi kepada Darabif .  Lalu dia membelikan aku sekotak  Lamb lean burger Darabif dan sekotak Golden Fish & Chip  Figo Aku terpinga-pinga, aku tanya dia "apa benda ni?cam mana nak makan.?  Dia jawab,"Makan saje pun boleh. Buat cam burger pun boleh. Dah cukup time, mak  kena ajar firdaus makan makanan macam ni ,mana boleh makan nasi je." ..Tanpa disedari hampir 3 jam  aku berlegar-legar  dalam pasaraya,aduhhh maunya tak  penat . .Balik rumah  rasa nak relax, malas nak masak untuk juadah tengahari .Kalau masak pun tak de saper nak  makan, gula-gula hack  keja,yuyi pulak nak balik petang tu. Sebelum balik  ke rumah singgah kejap gerai MPK  ,beli nasi ayam dan yong tau fu sup .

So, secara keseluruhannya aku bagi  5 ♥ untuk  Darabif  lamb lean burger .Jom layan resepi lamb burger untuk 3 orang makan.
Darabif more meat less fat  100% premium quality lamb cekapnya aku  mengcopy sebijik -sebijik ayat  kat kotak itu.ha ha ha ha  #BImaktakcredit
1)3  keping lamb burger
2)6 keping roti  sandwich massimo with wheat germ

3)beberapa hirisan timun, bawang dan tomato
4)Lady's choice mayonis sebenar dan sos cili  Life
5)Sedikit lada hitam kisar
6)Sedikit butter
 Cara menyediakannya
1)Cairkan sedikit butter, bakar  lamb burger yang telah  ditabur sedikit lada hitam kisar  di dalam pemanggang sehingga masak dan garing kedua-dua bahagian.
2)Cairkan sedikit butter dalam non- stick frying. Letakkan roti ,bakar  kedua-dua bahagian roti hingga keperangan

3)Susun atur  hirisan timun,bawang dan tomato  di atas roti mengikut citarasa masing masing
4)Susun burger kambing, letakkan mayonis berselang seli dengan sos cili
5)Katupkan roti bahagian atasnya
Done!!! lamb burger untuk 3 orang makan

Orang dalam rumah aku  ni manja manja belaka,  roti burger tadi aku potong 4  biar mudah mereka menyuapkan roti ke dalam mulut.





Next time  nak cuba Bulgogi brother korean burger pulak,macam sedap je, macam sedap je . Memang lah sedap cuma yang tak sedapnya  tekak aku ni tekak melayu sejati memang susah nak telan  makanan   korea  & jepun ni. Tapi takpe, memandangkan ,Bulgogi brother korean burger  CPUV aku yang ntah ke berapa juta  kali dari Nuffnang ,InsyaAllah  aku akan cuba telan  bulgogi brother korean burger  nyum nyum nyum sedapnya,,,,tetiba  I love u so much Nuffnang !!!.Okeylah, cukup setakat ni je.Akhir kata sokonglah produk makanan halal tempatan.









Tarikh : 21 June 2014 Sabtu
Lokasi : Rumahku Syurgaku







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .