Showing posts with label Fruity Bakery and Cafe Klang. Show all posts
Showing posts with label Fruity Bakery and Cafe Klang. Show all posts

Thursday, 19 June 2025

KSL Esplanade Hotel Klang: Staycation Tenang di Tengah Bandar


13 July 2024-14 July 2024 -Sabtu & Ahad(Throwback)  Assalamualaikum.. Tiba-tiba teringat, tak lama lagi 13/7—hari jadi cik Yuyi. Rasa nak update balik cerita tahun lepas tahun 2024, yang dah lama dalam draft. Sebenarnya masa tu tak plan pun nak sambut harijadi cik yuyi,  spontan je... tapi tetap jadi kenangan manis."

Sebenarnya tak rancang pun nak pergi KSL, tapi tiba-tiba satu malam tu, makcik tengah scroll TikTok, ternampak satu video satu family duduk room dekat KSL. Makcik tengok sampai habis, terus terjebak! Tak fikir panjang, makcik terus bagitahu Cik Yuyi nak book. Wei, jarang jumpa family room harga murah macam tu. Makcik tempah family room, nak bagi semua orang selesa. Bilik dia luas, bersih, memang best lah untuk bawa family.

Sambil-sambil tu, makcik saje gedik  nak sambut birthday Cik Yuyi sekali. Sebelum gerak pergi hotel, makcik singgah beli kek, beli sekali apple strudel untuk tambah-tambah makan. Lepas check-in, terus setup sikit dalam bilik — letak kek,pasang lilin susun epal strudel,cream horn.

Petang tu kami buat sambutan simple je. Nyanyi lagu birthday, potong kek, makan sama-sama. Cik Yuyi pun nampak happy, semua enjoy. Takde sambutan besar-besar pun, tapi rasa meriah sebab semua ada.



Prof serba tahu.he he he



Drama queen, bagilah kat cucu makcik nyah. he he he


Drama queen.ha ha ha

KSL Esplanade ni memang senang sebab terus link dengan KSL Mall. Tak payah keluar jauh-jauh, turun lif je dah sampai mall. Nak cari makanan, barang anak, jajan, semua ada.

Ada 7-Eleven kat lobby, kalau tengah malam lapar pun boleh turun beli maggi ke air kotak. Nak shopping baju ke, cari mainan untuk cucu pun boleh. Memang jimat masa dan tenaga.

Lepas penat jalan-jalan, terus naik bilik rehat. Mudah sangat, especially kalau bawa family.






Sebelum gerak ke KSL, makcik singgah jap kat kafe kegemaran beli apple strudel, cream horn ngan  kek untuk besday girl 


Walaupun lepak semalam je, nyah tetap gigih bawak luggage macam nak cuti seminggu


Pemandangan dari family room KSL Esplanade memang cantik. Nampak hijau pokok, kolam renang, dan lampu mall waktu malam. Tenang dan menyenangkan



Bilik bersih, suka sangat tengok pemandangan hijau dari bilik. Semua staff pun mesra dan baik. Memang takde apa nak komplen sebab semuanya perfect bagi saya. Hotel ni pulak terus linked dengan mall, senang sangat nak cari makan atau beli barang. Dekat lobby pun ada 7E. Anak bongsu mak keja 7E conform nak promote.huk huk huk








Jangan tanya kek apa, makcik pun dah lupa... lama dah, setahun lepas. Yang makcik ingat, cucu paling happy masa nyanyi lagu harijadi. Semua pakat gelak, ambil gambar, makan sama-sama.

Walaupun simple, tapi meriah dengan suara Anak cucu. Tak plan pun nak sambut masa tu, tapi spontan jadi kenangan manis.



cream horn



Tak sia-sia beli family room kat KSL Esplanade, harga murah dan sangat berbaloi. Bilik ni memang sesuai untuk family sebab dia ada dua ruang berasingan.

Untuk mak ayah, ada bilik utama yang lengkap dengan katil king, toilet dan shower sendiri, so boleh berehat dengan selesa dan ada privasi sikit.

Kat ruang luar pulak, ada satu lagi bilik untuk anak dan  cucu—dilengkapi dengan bunk bed yang terus buat anak dan  cucu excited, siap berebut nak tidur atas. Ada juga sofa yang boleh duduk santai-santai sambil tengok TV. Kat bahagian ni pun ada tandas sendiri, cuma takde shower, tapi dah cukup untuk kemudahan anak dan cucu.

Ruang memang luas, tak sempit langsung walaupun bawa banyak beg. Nak solat pun senang, tak perlu alih barang. Kemudahan semua cukup, dari iron, hair dryer, sampai ke peti ais kecil untuk simpan makanan dan minuman.

Senang kata, bilik ni memang sesuai sangat untuk family yang nak selesa tanpa perlu bayar mahal. Lepas ni kalau datang Klang lagi, confirm repeat bilik ni!






Saper yg bawak  ahli keluarga ramai, boleh tidur atas sofa






Kat ruang luar pulak, ada satu lagi bilik untuk anak dan  cucu—dilengkapi dengan bunk bed yang terus buat   cucu excited, siap berebut nak tidur atas.
















Sarapan pagi makcik order Grab je untuk anak cucu. Senang, jimat masa, semua ikut selera masing-masing. Dah lama makcik tak beli sarapan hotel. Makan dalam bilik pun lebih santai.














sibongsu


Petang tu pool penuh orang, makcik rimas, jadi biar anak cucu je yang mandi. Makcik duduk tepi, sambil layan cerita Korea kat phone. Sesekali anak panggil, makcik senyum dan lambai je. Sambil angin bertiup sejuk, makcik rasa tenang jadi penonton je hari tu.


Pool  bukannya besar mana, tapi ada jugak yang gigih bawak pelampung besar gedabak. Dah la sempit, orang lain nak berenang pun susah, asyik tersekat. Budak-budak pun terlanggar sana sini. Kadang rasa nak tegur je, tapi malas nak spoil mood. Biar jelah, janji kita tetap enjoy mandi walau kena bersesak sikit.




Tempat yang best untuk berjalan2 terutama pada waktu  malam . Ada playground untuk budak-budak main. Sesuai untuk keluarga luangkan masa berkualiti bersama.

Kalau jalan kaki santai kira ,Sskitar 3–5 minit je dari hotel..Laluan pun rata dan selesa—sesuai untuk bawak stroller, jalan dengan anak, atau yang suka stroll petang.Jadi kalau korang check-in kat hotel, lepas tu nak lepak-lepak, jalan-jalan ke Canary Garden, memang lokasi cukup sempurna—jalan kaki je terus sampai taman .Kalau nak cari exercise ringan atau bawa anak ke taman permainan petang, memang mudah gilaaa.



cik yuyi  spend masa ngan anak bongsu


Kalau pergi Canary Garden waktu siang, memang best juga tau! Suasana kat sana tenang dan tak terlalu sibuk, sesuai sangat kalau nak lepak santai atau jalan-jalan cuci mata.

Waktu siang, korang boleh nampak kawasan tu cantik, bersih dan terjaga. Banyak pokok-pokok hijau, jalan pun luas, jadi selesa kalau nak jalan kaki atau bawa stroller kalau datang dengan anak-anak. Ada juga orang jogging, bawa haiwan peliharaan, dan lepak kat taman. Kalau cuaca tak panas sangat, memang best nak ambil angin dan chill kat bangku-bangku taman.

Kalau lapar, kat area tu ada je kafe dan restoran buka siang – boleh singgah minum kopi, makan ringan atau lunch terus. Yang suka ambik gambar, siang hari lighting dia lawa, jadi nak OOTD pun onz sangat!

Pendek kata, Canary Garden waktu siang ni sesuai untuk yang nak suasana tenang, quality time dengan family atau nak lari kejap dari hiruk-pikuk bandar.


Anak bongsu ngan anak sulung


cucu makcik gelar anak bongsu, Paksu small


Overall, memang puas hati stay kat KSL ni. Lain kali boleh repeat lagi!


KSL Espalanade Hotel
No.1, Persiaran Bestari 2
41200 kelang , Selangor



Sunday, 16 March 2014

Koleksi cefe kegemaran keluarga ; JJCM



Hujung minggu dikala cuaca yang agak berjerebu lebih lagi ketika negara Malaysia kucintai ini masih lagi berduka cita atas  kehilangan MH370, kaki ni terasa berat hendak  melangkah keluar dari rumah.Cehhhh wah terserlah sungguh sifat keperihatinan aku di situ.Pakkal lah yuyi ajak temamkan dia pergi bakery, kalau tak jangan harap aku nak keluar rumah. Kasihan yuyi, dahlah perut lapar, lepas  pergi  ke hampir 3 buah bakery,dia masih tak jumpa barang yang di cari jadi kesudahannya dia ajak aku balik. Sebelum balik, kami singgah makan dekat  Fruity.

 Samada korang perasan atau tak, aksi tu nampak sedikit manja , gelikss mak tau


Blogger yang kononnya tegar ni tak punya account facebook dan instagram dia cuma punya account twitter saje, jadi sesiapa yang berminat nak tahu perkembangan terkini pasal dia sila follow dia punya twitter.ceh wah dah macam retis di situ.

Apasal buat  muka serius, nak cucuk ayam je pun
Kenapa sampai nak keluarkan gigi?, kek coklat je pun

chicken chopnya agak keras sedikit. tulah adik, aku nak orderkan dia chicken sizzling dia tak nak,hambekk ko , sampai makan pakai tangan sebab tak larat potong ayam dengan pisau



Perghhhh sorganya bila dapat makan croisant tuna serta minum secawan tea dipetang hari. Croisant tuna salah satu menu yang wajib diorder setiap kali makan dekat sini.














Tarikh : 15 March 2014,sabtu
 Lokasi : Fruity Bakery & Cafe Klang













Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 12 November 2013

Tempat jatuh lagi dikenang , inikan pula bisness yang pernah menjadi sumber rezeki aku suatu ketika dahulu

Senang citer.... hidup jangan mendongak langit sangat... sesekali pandang rumput dibumi. Bukan apa takut kita tak perasan bila  rumput bertukar kaler . Pepatah melayu juga ada menyebut "Tidak akan hilang bisa ular yang menyusur akar..*baca cam gaya samy Vellu* . Sesungguhnya semua orang ada jasa mereka tak banyak sikit tetap jasa ye dak. Mak bagi doploh sen , dengan duit tu kita beli cikades.Berjasa juga mak kepada kita walaupun kita tahu mak tak berapa nak ada duit pada masa tu???  walaupun mak kita tu cleaner je tapi nampak tak pengorbanan di situ?   harus  up cleaner sebab arwah mak aku cleaner office & toilet. Masa tu kita tahu  mak  keja cleaner demi membesarkan anak-anak cuma kita tak memahami situasi mak.Ha ha ha bila yuyi baca entry ni mesti dia cakap aku "emosi lebih"

Blog crazymoney, Avon, Leno, Tupperware , Rorine, Menang Gelas,produk eriesya spa, produk reena's cosmetic  terima kasih kerana pernah menjadi sumber rezeki aku bagi membesarkan  anak-anak, maaf beribu maaf  kalau ada yang tak tersenarai dalam list.

Berbalik pada tajuk entry, hari  jumaat lepas,  selepas  balik keja yuyi ajak aku  temankan dia beli barang kat  Avon. Alahai.. rasa dah lama tak jejak kaki  ke kedai Avon. Lepas   beli barang avon, kitaorang menyeberang jalan menuju ke Fruity Bakery and Cafe.
Sempat sambar buku avon...makcik masih ahli avon nyahhhh

Sementara menunggu makanan sampai, kita bukak dulu hasil rembatan di Avon
Kasihan yuyi, baru nak belajar jadi feminin.Geram betul dia kat aku.Mana taknya setiap kali dia mengayakan aksesori yang baru dibelinya didepan cermin, aku bantai gelakkkk.
ha ha ha ciannya yuyi baru nak berjinak-jinak dengan  aksesori rantai
alo alo comelnya cincin yuyi

Aiman tak kisah  perfume mahal murah  aiman sembur
Chicken sizzling  with manyak manyak carrot.



















Tarikh : 8 November 2013, Jumaat
Lokasi : Fruity Bakery and Cafe, Klang
Peristiwa : beli barang Avon




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, 13 September 2013

Pilihan terakhir ,A need for speed selepas hajat nak menonton Tanda Putera tak kesampaian

Frust gila tak dapat tonton filem  Tanda Putera ......... Seriously aku memang teruja  dengan  filem sejarah . Sejarah sentiasa dekat dihati aku. Subjek yang paling aku suka sepanjang di alam persekolahan adalah subjek sejarah . Masa kecik -kecik  dulu, arwah ayah suka sangat  bercerita tentang sejarah negara kita dan pemimpin negara terdahulu dengan aku. Dan part  paling aku ingat sampai bila-bila ayah  cerita pasal peristiwa 13 May tahun 1969 dan  pasal  Allahyarham Datuk Seri Harun bin Idris menteri besar Selangor .Walaupun pada hakikatnya kitaorang tak berapa kamceng  tapi yang peliknya bila menyembang berdua pasal  sejarah kitaorang terus jadi kamceng dalam sekelip mata.

Berbalik cerita pasal Tanda Putera ; Tunggu jelah cd Tanda Putera keluar. Tak dapat  tengok  Tanda Putera,maka terpaksa layan cerita Firdaus  A need for speed.Sebelum tu kitaorang  makan kat  Fruity Bakery . Lepas habis makan ,aku  tapau roti dan puff  untuk dimakan dalam  panggung  wayang. Bukan tak nak beli  kat panggung wayang cuma  malas nak kecoh-kecoh bab nak beli  makanan Dah lama aku perhatikan servis dorang agak lembab kena tunggu turn nak  beli makanan, yang parahnya lagi masa tulah dorang baru nak goreng kentang ,buat  pop corn  . Paling tak menahan   siap offer  hantar makanan yang  kitaorang order  ke dalam panggung wayang bila dorang nampak muka kitaorang yang  agak benggang dek menunggu lama.

Muka lapar
Muka orang lapar  kuasa dua
muka sedih je???
Budak-budak zaman  sekarang : )
poyo
minuman besa-besa je
Aku  dengan yuyi  makan chicken sizzling black pepper
Firdaus makan nasi lemak rendang ayam
Teruja nampak nasi, tulah saper suruh tak makan kat rumah tadi
Abaikan makcik tempe disebelah
huk huk huk tak dapat tengok tanda putera tengok A need for speed pun jadilah
Firdaus paling suka bila dapat tengok  cerita  macam ni




Tarikh : 1 Sept 2013, Ahad
Lokasi : Harbour Place, MBO, Fruity bakery cafe Klang
Peristiwa : Jalan-jalan tengok wayang


Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .