Tuesday, 18 June 2013

Lelaki tak guna(the flasher)-Wahai kaum Wanita berhati-hatilah terutama kaum wanita area kampung Raja Uda


Sipenunggang motosikal(the flasher) belegar-legar  disekitar tempat ni sambil menujukkan anu dalam botol
The flasher berlegar-legar di sekitar Jalan Melikai 45


Pagi tadi lebih kurang pukul 7.20 pagi waktu tempatan Malaysia  aku terpaksa menunggu  rakan tumpangan ku(bukan ibu tumpang atau rumah tumpangan) di stesen keretapi KRU(bukan kumpulan KRU). Sementara menunggu ketibaan kereta tumpangan aku singgah sekejap ke  kedai makcik N9 untuk membeli air mineral, roti dan surat khabar.  Beberapa minit kemudian aku keluar dari kedai N9 dan  terus menuju ke stesen keretapi KRU semula. Sebaik saje aku tiba tak sampai 3 meter dari stesen   KRU aku  ternampak kelibat seorang anak dara berlari dengan tergesa-gesa gara-gara dikejar tak dapat dikendong berciciran   oleh penunggang motosikal . Sebelum ni aku belum  pernah menyaksikan  adegan  lelaki  mengejar anak dara  yang berlangsung dengan penuh berhemah dan diselangi  teriakkan manja "kejar dia" "kejar dia" "kejar dia"  seperti adegan mengejar  pagi ni.

Pada mulanya aku agak pelik dengan tindakan anak dara yang cuba  melarikan diri dari penunggang motosikal yang pada aku tiada langsung menunjukkan ciri-ciri lelaki  peragut mahu pun  perogol bersiri. Tapi bila sipenunggang motosikal itu menegurku dengan mesra  "kak"  5 harkat,   aku menyahut dengan senyuman yang tak berapa mesra namun mata ku sempat meratah tanpa sedar  anunya  yang sengaja dikeluarkan lalu diselitkan di tepi seluar pendeknya.Now I know why that anak dara tadi  running faster faster going inside stesen keretapi.

ONK(oh nenek kau) tanjat mak ,hampir 23 tahun  tak nampak environment  macam tu.Nasib baik pau sambal yang kukunyah tidak tersembur keluar.   Terpempam , tergaman  seketika ..... Rasa puas tapi tak klimak  menyaksikan permandangan yang boleh  mendatangkan  suwey ke morning dan  mata ini  tetiba gatal rasa nak naik ketumbit "typical malay" .Selepas  terjaga  dari pukauan  the flusher  aku menyambung langkah  longlai   masuk ke dalam stesen keretapi.Aku  terserempak dengan anak dara yang dikejar   sipenunggang motosikal(the flasher) tadi dalam stesen keretapi.  Anak dara tu menoleh  ,wajahnya kelihatan  pucat menyeramkan aku.Kami saling berpandangan lalu  membuat memek muka geli .

Dalam kereta kawan ,aku cerita kat dia apa yang berlaku.Dia bantai gelak dengar cerita aku. Dia cakap masa zaman dia sekolah dulu selalu  terserempak dengan lelaki tunjuk anu sehingga rakan-rakan sekolahnya mengelar lelaki macam  tu  "the flasher"  .










Tarikh : 18 June 2013, Selasa pukul 7.25pagi
Lokasi : Kawasan stesen keretapi  kampung Raja Uda
Peristiwa : Lelaki  tak guna(the flusher)  ronda ronda naik motor sambil menunjuk anu dalam botol

















Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang