Monday, 22 December 2014

Makanan asli Sunda sedap di Rumah Makan Cibiuk


Salam Isnin,



Apa kahabar kengkawan? Harap semua sihat-sihat belaka. Cik senah nak cerita pasal  perancangan last minute hari sabtu hari tu ;  Tengahari  sabtu hari tu , lepas hantar adik ke kelas mengaji ,cik senah teman  yuyi balik ke rumah dia sekejap. Sebelum ke rumah, yuyi ajak cik senah singgah  ke Restoran  Tok Wan Nasi Kukus  beli makanan  untuk  adik kesayangannya gula -gula hacks aka abang sado. Setelah  setel semua urusan (termasuk urusan bersehkan tempat perbuangan najis milo) yuyi  terus shoot ke Kelang  ambik adik dari kelas mengaji. Masa dalam kereta menuju ke rumah cik senah   tetiba terpacul dari mulut yuyi nak ajak kitaorang pergi PD. Cik senah sengeh tanda setuju dengan syarat  tunggu  lepas cik senah  pergi kenduri kahwin jiran  dulu dan  bereskan urusan rumah apa yang patut, baru boleh merendek ke  PD.

Lebih kurang pukul  3 urusan cik senah setel, yuyi terus shoot ke rumah besan. Sebaik sampai area rumah besan,hujan turun mencurah-curah dan  petir berdentum dentam .Makanya terpaksalah cik senah & co bertapa  di rumah besan sementara menantikan hujan teduh. huk huk huk  bertapa di rumah orang adalah suatu keputusan paling sukar yang terpaksa cik senah buat.  Syukur Alhamdulillah,  tak sampai sejam bertapa hujan beransur teduh.  Hujan dan lapar sangat sinonim, sebelum berangkat ke PD anak besan bawak kami semua makan di Rumah Makan Cibiuk.....
 Kenapa Rumah Makan Cibiuk?
1)Lokasinya  sangat  strategik, senang cari & senang parking
2)Dekorasi restoran  cantik, kemas  dan berseh
3)Servis sangat cepat
4) Harga berpatutan dalam satu set macam macam ada termasuklah ulam-ulaman, tempe goreng, ikan sepat masin, ayam bakar, tahu goreng dan sayur lodeh
5)Sambal  meriah meja
....setakat tu je tak boleh puji lebih lebih
 
Mustafa dengan adik macam belangkas, pantang jumpa
 
Leka besan membelek menu
 

Semua  tengah  berkobar-kobar  semangat nak mandi laut  .
  
Ek eleh adik tetiba  posing cute
 

Mustafa aka topa & ayon

 
 Rumah sambal & ulam
Ada banyak  pilihan  sambal yang boleh meningkatkan kadar  metobolisma  disamping dapat mengurangkan masalah sembelit  . Jadi rajin-rajinlah bangun ambik  cibiuk/sambal  yang disediakan percuma tu : )
Antara menu yang di request  ; Nasi putih, telur dadar & ulam timun,peria & kacang panjang rebus, carrot dan salad,aneka sambal, tahu goreng, ayam bakar, ayam goreng, talapia cili (katanya talapia sg.pahang ,cubalah dijamin sedap.Cik senah bagi 2 thumb up) kailan goreng ikan masin dan karedok .Pencuci mulut ; pisang keju dan coklat cair
Lagi gambar menu  Rumah Makan Cibiuk
Ais kosong & Jus durian belanda
Jus alpukat(avocado), Barli ais, milo ais  & teh ais

 

Pisang goreng bersalut  keju serta  coklat cair





Sekian saje perkongsian  untuk hari ni, terima kasih .Akhir kata Majulah sukan untuk negara.





Lokasi
Rumah Makan Cibiuk
No.1-G, Jalan Putra 6
Taman Putra Kajang
43000 Kajang
Selangor
(Berhampiran Seksyen 7, Bangi bersebelahan Lebuhraya SILK (lepas Tol Kajang)
Tel: 03-87415000 / HP: Pn Yasmin 012-4570061 atau 012-3617348
























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .