Sedih , sebak sungguh hati cik senah ni bila membaca kisah banjir yang menimpa negara kita. Ya Allah ya tuhanku lindungi mereka daripada sebarang bencana dan malapetaka.Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Hopefully semua mangsa banjir bertabah dan bersabar .Redho dan syukur walau dalam derita atau nikmat. Cik senah berharap sangatlah semua ahli politik dapat mengenepikan perbezaan fahaman politik untuk berganding bahu bersama-sama membantu mangsa banjir . Ayuh rakyat Malaysia kita bantu mangsa banjir *jangan lupa undi cik senah ye dalam pilihanraya akan datang*
Okey, berbalik pada tajuk entry cik senah hari ni, ingat tak entry misi mencari tudung cik senah kat SINI, hari yang dinantikan telah tiba.
Pada 14 Dec , hari minggu tu kami tiga beranak berangkatlah ke Dewan Melur Garden ,Sg.Ramal Kajang untuk meraikan majlis perkahwinan kawan yuyi, Najibah.
Sanding sanding ,sanding Anwar, jibah .InsyaAllah tahun depan jika diizinkan Allah SWT, dapatlah cik senah menyaksikan anak sulung cik senah pulak bersanding dipelaminan .
Lebih kurang pukul 1tengahari, Jibah & Anwar masuk ke dalam dewan diiringi para pengiring yang terdiri dari saudara mara dan rakan taulan menuju ke tempat persandingan.
Selamat pengantin baru,semoga kekal hingga ke jannah
Adik & the geng
Merelip -relip shawl cik senah. Cer teka mana cik senah???yang pasti me bukan makcik yang bertudung merah & coklat tu ye.
Adik & the geng
Photo booth & props sangat sinonim dengan majlis perkahwinan. Kerana itu cik senah juga tak mahu ketinggalan beraksi dengan props yang disediakan
Tetiba cik cenah lihat adik begitu comel sekali
Hahaha, Zakie duduk kat situ sorang2 kenapa?
Okeylah kengkawan semua,cukup setakat ni je untuk hari ni nanti senang cik senah update lagi ye.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .