Tuesday, 20 May 2014

Resepi mee sup simple dan sedap, langkah demi langkah.Koleksi juadah kegemaran keluarga



Semalam  tetiba tekak ni teringin nak makan mee sup. Projek mee sup on,bahan-bahan untuk membuat mee sup ada dalam esbok cuma ayam je tak de.Tak pe tu bisa diatur ,balik kerja aku selalu tumpang kawan sampai speedmart 99 ,so aku singgah beli ayam kat situ. Sumpah nok ,selama ni aku tahu pun yang  kat 99  ada jual ayam,semalam tu aku main redah je..rezeki aku ada jual ayam plak. Hidup 99 .Keji gilerr pasal ayam pun nak sumpah bagai......
Syukur Alhamdulillah tertunai sudah hasrat tekak .ta di da di da da

RESEPI MEE SUP ; untuk 3 orang makan, bergantung  pada selera tekak & perut setiap individu : )
Bahan-bahan

1)3 ketul kepak ayam[dibuang lemak dan dipotong dua]
2)2 keping kek ikan aka fish cake[dihiris nipis]
3)3 tangkai sawi batang putih[dicuci berseh dan disiang]
4)4 ulas bawang merah & 4 ulas bawang putih[dimayang nipis]
5)1 biji tomato[dipotong 6]
6) Lada sulah berperisa dan garam secukupnya
7)1200 ml air

6)1/2 bungkus mee kuning[dicelur sekejap dengan air panas dan tuskan]
7)1 sudu besar rempah sup
8)lada sulah berperisa dan garam secukupnya
Cara menyediakannya
1)Panaskan 1 sudu besar minyak masak yang dicampur dengan sedikit minyak bijan, tumis bawang putih ,bawang merah hingga agak garing
2)Tumiskan rempah sup hingga pecah minyak kemudian masukkan tomato diikuti dengan ayam ,biar  ayam  separuh empuk.
3)Masukkan air,garam dan lada sulah secukupnya.Biarkan kuah sup mereneh dengan api perlahan
4) Sebelum diangkat masukkan sawi.Kacau sekata dan angkat sebelum sawi tu  layu sepenuhnya
5)Hidangkan mee yang sudah dicelur bersama kuah sup dan cili kicap

Kalau kat rumah aku mee  sup seperiuk herot  ni cukup untuk 3 orang makan , tak tahulah kat rumah korang
Mee sup untuk suami, dia tengah sakit tekak tak boleh makan banyak
Adik tengah kyushuk melayan mee sup opss lupa kalau nak  pedas, boleh sediakan kicap cili [kicap cair dicampur dengan hirisan kecil cili api]








Cukup lah setakat ni je untuk hari ni, akhir kata cuba jangan tak cuba : )









Tarikh : 19 May 2015, Isnin
Lokasi : Rumahku syurgaku












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .