Perancangan awal aku nak ke klinik panel berhampiran rumah je, ntah cam mana ntah boleh sampai ke klinik Mediviron area Shah Alam. He he he. Tulah akibatnya bila partner tetiba membatalkan kelas tajwidnya kerana bizi mengfollow aku . Klinik Mediviron.... rezeki, hari tu dapat doktor wanita.Memang dah menjadi fitrah wanita kot lebih selesa mendapat rawatan daripada doktor wanita.
Bila dah ada partner , panjanglah langkah. Dari klinik Mediviron terus ke Imej Anggun SPA milik Puan Jee di Plaza Alam Sentral. Yuyi suruh aku berurut , aku redho je. Seingat aku, kali terakhir jejak kaki kat situ masa pantangkan Firdaus 9 tahun lepas ,haishh lamanya dah tak pergi situ. Ekceli dulu lokasinya kat Pelabuhan Kelang,selalu jugak aku buat facial kat situ tu yang kenal puan Jee owner SPA , tak delah kenal rapat sangat ,kenal kenal cam tu je . Bila SPAnya terbakar , dia berpindah ke lokasi sekarang, Plaza Alam Sentral. Dulu aku gilerr niaga pantang nampak iklan produk kecantikan di dada majalah mingguan wanita mesti nak survey . Bila dah survey dan confirm minat dengan suatu produk ,aku akan cuba usahakan untuk jual produk tu. Kebetulan SPA Jee ada promote banyak produk kecantikan termasuk produk yang aku nak jual jadi dulu kerap lah aku pergi situ ambik stok BS(biarlah rahsia) .He he he aku yang dulu bukanlah yang sekarang ,sekarang aku dah pencen dari jual menjual ni. Jenuh jugak hari tu mencari SPA Jee ni, rupa-rupanya mereka dah berpindah ke lokasi baru tak jauh dari lokasi asal.
Anak ketiga bongsu Gula-gula Hacks yang masih manja sampai sekarang, bluwekkkk.Kebetulan dia cuti hari tu, yuyi heret sekali ke SPA
Puan Jee kini melangkah setapak lagi dalam dunia perniagaan. Dibawah ni adalah diantara keluaran produk Puan Jee Safah Herbs ,kepada yang beminat jadi pengedar boleh lah hubungi Puan Jee Imej Anggun SPA Plaza Alam Sentral, aku dah pencen bagi kat kat orang muda berniaga pulak.he he he
Cukup setakat ni saje untuk hari ni akhir kata sokonglah produk tempatan..............
Tarikh : 6 May 2014, Selasa
Lokasi :Imej Anggun, Plaza Alam Sentral
Lot 2-73, Tingkat 2,
Plaza Alam Sentral, Jalan Majlis
Seksyen 14, 40000 Shah Alam.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .