Hari ni, brekpes aku masak nasi lemak .Well,bila brekpes nasi lemak, maksudnya sampai ke tengahari lah makan nasi lemak,kalau aku masak pun malam ,itu pun masak yang goreng goreng je macam maggi goreng atau nasi goreng .Tapi tadi tengahari aku masak bubur nasi ,tetiba je firdaus demam .Dia tak cakap pun dia demam ,aku syak dia demam sebab lepas makan dia terus masuk bilik, baring.Nasi lemak dia pun tak habis ,jarang dia makan tak habis.Aku rasa badan dia, panas sikit.
Anak anak aku ni spesis tak merengek bila demam kecuali siabang (gula-gula hacks).Masa kecik,bila dia demam,dia merengek sepanjang malam lah aku tak dapat melelapkan mata.Kelakar ,walapun Firdaus anak bongsu tapi dia tak semanja abang. Sampai sekarang abang masih manja.Mana taknya yuyi rajin layan dia,sampaikan perut dia senak pun yuyi bawak pegi klinik.ko ado. Menyirap jugak bila mengenangkan perangai abang yang masih manja walaupun umur dah mencecah 22tahun.Nak buat macam mana memang sedari kecik dia manja.Selagi kami mampu layan,kami layan kan je.Nasiblah saper kahwin ngan dia nanti.
Itulah ingatkan malas nak masak ,tapi Firdaus dah nak demam, nak buat cam mana.Nak tak nak kenalah masakkan dia sedikit
bubur nasi. Dari anak aku kecil sampai mereka dah besar ni setiap kali mereka demam aku suka buatkan mereka bubur nasi cuma bila mereka dah besar ni je dah jarang aku masak kan bubur ,almaklumlah dah besar mana lah tekak lalu makan bubur.Sekarang ni bila Firdaus demam je aku masak bubur ,dia kecik lagi tak de pilihan kena lah akur bila aku suruh makan bubur : ) Selalunya aku masak bubur nasi yang simple je sebab faham faham jelah bila tengah demam tekak memang sukar menerima benda benda yg merapu.Jangan marah ,sekiranya anak kita tak makan banyak bubur yang kita masak ,kalau dorang dapat makan sesudu dua sudu pun dah kira okey , janji dapat alas perut mereka..Dan jangan lupa bagi dorang minum banyak air suam supaya suhu badan mereka cepat kembali kepada suhu normal
Bahan-bahan
1)2 genggam nasi putih
2)1/2 liter air rebusan ikan bilis dari 1/2 genggam ikan bilis
3)suku batang carrot(dikupas kulit dan dipotong dadu)
4)2-3 titik minyak bijan
5)1/2 cm halia(Dikupas kulit dan dihiris bulat)
Cara menyediakannya
1)Renehkan nasi putih dalam air rebusan ikan bilis bersama halia dan minyak bijan hingga separuh kembang
2)Masukkan carrot yang telah potong dadu
3)Reneh bubur nasi hingga benar benar kembang
4)Tutup api dan sedia untuk dihidang
Bubur nasi boleh dimakan bersama ikan bilis goreng.Masukkan sedikit serbuk lada hitam & kicap cair untuk memberi rasa pada bubur nasi.
Syukur Alhamdulillah habis sepinggan budak deman ni makan
Tarikh : 1 May 2014,Khamis
Lokasi : Rumahku syurgaku
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .