Sunday, 18 May 2014

Resepi kari kepala ikan sedap tanpa santan ; koleksi juadah kegemaran keluarga


Bukannya aku tak pernah masak kari kepala ikan sebelum ni tapi kari yang ini ku rasa special sebab somi dan adik berulang makan nasi dengan pappadom dan  kari ni sampai habis seperiuk hari tu jugak.  Tu sebabnya aku teruja sangat nak berkongsi resepi  kari kepala ikan yang aku masak kali ni.Kalau rasa suka kari kepala ikan yg simple tanpa santan bolehlah cuba resepi ni.



Ekceli Ikan aruan tasik somi pancing bulan 1 hari tu, hehehe bulan 5 baru  nak masak kepalanya.Tak kisah kalau kita  nak simpan lama mana pun ikan   janji ikan fresh dan disimpan di tempat frozen.


Dah lama rasanya tak gorengkan untuk somi pappadom,kebetulan masa aku masak kari kepala ikan ni somi bawak balik pappadom,terus aku goreng sekali. Cara mengorengnya senang dan cepat.Panaskan minyak,goreng pappadom satu persatu.Goreng sehingga ianya menjadi garing tetapi jangan sampai hitam.Proses ni kena berhati -hati kerana pappadom cepat menjadi garing.


Simpan pappadom dalam bekas kedap udara


Ikan aruan tasik goreng cili

Resepi ikan aruan tasik goreng cili
Bahan -bahan
1)6 keping ikan aruan tasik[ dicuci berseh]
2)8 tangkai cili api merah [dikisar kering]
3)4 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [dikisar kering]
4)2sudu besar sos cili
5)3 sudu besar sos tiram
6)1/2 sudu besar gula
6)air secukupnya
Cara menyediakannya
1)Ikan digaram kunyit dan digoreng garing.Ketepikan
2)Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang kisar hingga garing
3)Masukkan cili api kisar, tumis hingga pecah minyak
4)Masukkan sos cili ,gula, sos tiram diikuti dengan sedikit air.Kacau sekata.
5)Akhir sekali masukkan ikan goreng tadi,kacau hingga ikan goreng bergaul dengan cili



Kari kepala ikan aruan tasik tanpa santan

Resepi kepala ikan aruan tasik tanpa santan
Bahan-bahan
1)Kepala ikan aruan tasik  size sederhana besar, belahkan dua dan dipotong 4[Tak kisah kepala ikan apa pun yang penting ikan yang size kepalanya besar mcm kepala jenahak atau kerapu.
2)6 sudu besar rempah kari ikan[aku guna rempah kari ikan babas,bancuh rempah dengan sedikit air  ,jangan sampai cair]
3)4 ulas bawang merah & 4 ulas bawang putih[dihiris nipis]
4)2 cm halia [dimayang]
5)Sedikit halba ,biji sawi,buah pelaga ,.cengkih,jintan manis & jintan putih
6)2 tangkai daun kari
7)air asam jawa[1/2 genggam asam jawa dibancuh bersama dengan 800 ml air]
8)Garam dan serbuk perasa secukupnya
9)1/2 sudu kecil gula
Kepekatan  kuah kari ikan bergantung  kepada kepekatan air asam jawa dan kuantiti rempah kari
Cara menyediakannya
1)kepala ikan dicuci berseh dan digaram kunyit.Ketepikan
2)Panaskan minyak,tumis bahan 3,4,5 & 6 sehingga garing
3)Tumis rempah kari ikan sehingga pecah minyak
4)Masukkan air asam jawa dan garam,biar agak mendidih.
5)Akhir sekali masukkan kepala ikan diikuti dengan serbuk perasa dan gula,biar mendidih agak-agak ikan dah cukup masak baru matikan api












Cukup setakat ni je untuk hari ni,akhir kata majulah sukan untuk negara.










Tarikh : 11 May 2014,Ahad
Lokasi : Rumahku syurgaku








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .