Yeahhhhh suami aku pergi memancing , masa untuk rilek .Ek eleh makcik tempe ni macam lah selama ni suami dia tak pernah bagi peluang dia relax. Terlebeh sudah. Seronok mak, seharian tak masak. lepas hantar suami pergi memancing(depan pintu rumah je) aku terus keluar pergi beli nasi lemak dan bihun goreng untuk sarapan pagi merangkap juadah makan tengahari sekali. Pukul 2 petang tengok cerita tamil Kanthaswamy lakonan Vikram dan Shriya Saran.Seronok juga sesekali melayan cerita Tamil.ha ha ha Dalam pukul 4 yuyi datang rumah ajak kitaorang pergi makan.
Pada mulanya adik tak nak makan nasi setelah aku pujuk akhirnya dia akur dengan kehendak aku
Hantu cili come back. Seronok makan kat sini, kita boleh ambil cili ikut suka kita .
Soda gembira sentiasa menjadi pilihan
Perut adik terus lapar bila nampak ayam penyet .Aku cop tempe goreng
Sate berkuah pelik.Yuyi tak suka sate rasa isi ayam semata 0% lemak ni. Sesuai sangat untuk orang diet
: )
Tetiba pulak tekak aku teringin nak makan nasi ayam penyet
Setiap kali makan kat sini yuyi mesti order bihun bakso .
First time order sup ekor kat sini. Tak tahu rasa apa?tawar hebeh.
Sebelum balik ,aku ajak yuyi singgah gerai kak long untuk tapau nasi ayam.
otak-otak
Mulanya niat nak beli nasi ayam tapi bila ternampak kerang rebus dan otak-otak terus tapau sekali. Masa budak pompuan jual otak-otak menghulurkan otak-otak yang aku pesan dia beria-ia beritahu aku yang tauke otak-otak dah menaikkan harga otak-otak. "ohhh....ye ke?" jawabku spontan.Tapi dalam hati memang aku bantai gelak. Sejujurnya aku pun tak tahu berapa harga sebenar otak-otak. Sorry to say lah aku spesis yang tak suka memikirkan hal remeh temeh terutama bab harga barang naik. PenatlahhhhTarikh : 18 January 2014, Sabtu
Lokasi : Harbour Place, Waroeng penyet, Gerai Kak Long
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .