Friday, 3 January 2014

mak tak cerita pasal sekolah anak ibarat makan nasi tanpa lauk

Setiap kali sesi sekolah bermula, sana sini mak bercerita pasal persiapan sekolah anak. Mak pun  tak nak terlepas  peluang untuk berkongsi cerita pasal  persiapan anak  bongsu mak "cimone mone" gelaran manja tu akak yuyi yang kasi. Memandangkan mak ni blogger, berilah mak  keizinan  setahun sekali untuk mengupdate cerita persiapan sekolah anak mak ni. Pejam celik pejam celik  sekejap je cimone mone   dah nak masuk tahun  3.


cimone mone selalu buat aku hilang sabar,sepatah aku cakap sepuluh patah dia jawab.Dia paling tak suka kalau orang paksa paksa  dia belajar, baca buku,...tapi kalau paksa dia main play station dia tak kisah...serba salah aku dibuatnya .Tengok dia malas belajar tapi cemerlang dalam exam, cemerlang subject & part mana rasanya tak perlu kot aku nak cerita kat sini sebab  kecemerlangan keluargaku adalah hak peribadiku  *ayat tu aku dah patenkan*
cimone mone , akak yuyi dan akak canggih 
BATA jenama  mampu milik, ia  menjadi jenama kasut sekolah pilihan  keluarga kami  sejak dulu kala, Tapi terkecuali cucu kesayangan nenek yang berketurunan bangsawan dan kaya raya tu. Sorrylah, benda dah lama  simpan dalam hati sekali meletup woo woo dasat.

Alang-alang menyeluk pekasan biar sampai kepangkal lengan, alang-alang dah  ke pasaraya Giant singgah sekali  ke sampai ke Jaya Jusco ye dak?
cer teka dorang tengah buat apa?
mereka ni  sedang leka memilih peralatan  sekolah

Alang -alang dah pergi Jaya Jusco jumpa pulak Black canyon tak sahlah kalau tak makan ye dak?
Ice lemon tea dan  Chocolate blended kalau tak silap aku
Cimone mone suka makan  American fried rice cuma dia tak suka makan ala ala lempeng tiga segi tu entah apa namanya.
Tedapnya chicken soup Black Canyon Coffee
Akak saje order sayur campur untuk buat ratah-ratah
Aku makan Thai style fried rice with prawn  Macam sedap je ,macam sedap je
Akhirnya   tercapai  impian cimone mone nak memiliki sebuah  peti besi@safe box  . Pasal buat sepah rumah bagi kat dia.
Akak pun makan  menu yanga sama  dengan aku 










Tarikh : 25 December 2013, Rabu
Lokasi : Canggih Giant & Restoran Black Canyon Coffee Jaya Jusco  Bukit Tinggi Kelang










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Selamat datang