Thursday, 9 January 2014

ustazah mu clasmate ku part 1 & part 2

Cerita hari Isnin. Hujan renyai-renyai. Akak peod jadi dia tak dapat hantar aku ke tempat kerja. Kebetulan suami tak kerja, aku minta dia tolong hantar. Petang tu suami ambik aku kat tempat kerja. Dari tempat kerja terus pergi ambik adik kat sekolah. Sebelum  balik rumah, singgah sekejap di KRU  beli makanan. Memandangkan di luar masih hujan, aku ambik keputusan tungga dalam kereta je dengan adik. Sementara menunggu makanan yang suami pesan siap , sempatlah aku berbual-bual dengan adik...

Aku : Macam mana sekolah, okey tak?

Adik : okey.

Aku  : ada kerja sekolah tak hari ni?

Adik : Ada.BM ngan Math

Aku : Lepas  makan , mandi buat keja sekolah ye. Jadual waktu dah salin dah?

Adik : dah.Firdaus salin cepat-cepat tapi boleh faham , mak checklah nanti. 

Aku : adik ,nah ambik air minum ni letak sana. Kalau lapar makanlah dulu goreng pisang yang ayah beli tu.

Adik : okey.

Adik : mak! mak ! betul ke cikgu cakap kalau duduk ASMARA, kita kena basuh kasut sekolah sendiri. Firdaus pandai basuh kasut sekolah sendirikan mak ,hari tu mak dah ajarkan?

Aku : ha ha ha adik bukan  "ASMARA" lah "ASRAMA" .betullah cikgu  adik cakap tu.Dulu masa mak duduk asrama pun semua benda kena buat sendiri. 

Adik : kenapa mak duduk asrama?

Aku : sebab mak pandai....................
mampusssss tunjuk hebat depan anak

Adik : oooo ye ke mak?

Aku : tak delah, mak mana ada pandai sangat. adik, hari tu mak ada bagitahukan,   kawan seasrama dan sekelas mak mengajar kat sekolah adik

Adik : ada , firdaus ingat lagi  gambar dia dalam facebook 



*********************************************************************

Cerita malam selasa. Dasat budak sekarang ni, hari pertama je dah ada kerja sekolah apatah lagi hari kedua , ketiga dan hari seterusnya. Malam tu lepas makan, mandi aku suruh dia buat kerja sekolah.Aku pesan, kalau rasa tak paham tanya aku. Tapi selalunya kami buat kerja sekolah bersama-sama sambil berbual-bual. 

Adik : mak , tadi kawan ibu ajar adik PI(pendidikan Islam) 

Aku :  Siti Zalina Moslihin

Adik : ya, ustazah Siti Zalina, dia ajar adik PI. mak!! adik tanya ustazah tu?

Mak : tanya apa?????????

Adik : adik tanya betul ke ustazah dengan ibu Zarina ****** satu kelas.

Mak : Ya Allah adik, kenapa adik tanya?.habis tu dia cakap apa?

Adik : dia cakap "ya" lepas tu dia usap kepala adik, dia suruh adik belajar rajin-rajin.

Aku satu  sekolah dengan Acik Herbalife, Acik  ko kenal tak Siti Zalina Moslihin???????????




































Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .