Showing posts with label Setia City Mall. Show all posts
Showing posts with label Setia City Mall. Show all posts

Thursday, 23 January 2025

Qi Odyssey | Reflexology & Teahouse Setia City Mall-tempat berehat dan memanjakan diri terbaek

10/1/2025 (Jumaat) - Throwback. Makcik dah rasa bosan, asyik pergi berurut di Ayu Borneo dan Heathland je. Alhamdulillah, akhirnya jumpa tempat baru untuk healing sambil berurut. Kebetulan hari Jumaat, 10/1, makcik ada urusan di Setia Alam. Makcik ajak Daus teman makcik ke sana. Lepas urusan selesai lebih kurang pukul 4.30 petang, makcik ajak Daus singgah di Setia City Mall. Dah lama tak pergi mall ni. Sebenarnya, mall ni agak jauh dari rumah makcik, sebab tu jarang sangat datang. Biasanya, makcik singgah kalau ada urusan di kawasan Setia Alam.

Sampai Setia Alam, makcik bagitahu Daus nak cari kek sebab teringin sangat nak makan. Daus ajak pergi Secret Recipe. Makcik pun ikut dia cari Secret Recipe. Masuk je, makcik terus scan QR code dan order online. Makcik order  red velvet kek, Daus pula order chocolate lava dengan aiskrim. Mula-mula memang plan nak makan kek je, tapi bila tengok menu, terus tambah order. Makcik ambil Caribbean Style Fish Fillet, Daus pula Buttermilk Chicken Chop. Minuman, makcik order air suma, Daus pilih Floral Lychee Cooler. Gambar makan2 takde.Jemu ahhh ambik gambar kat Secret Recipe. Lepas dah kenyang makan, terus pergi Qi Odyssey.

Makcik suka sangat suasana di Qi Odyssey ni. Dengan dekorasi dalaman Cina yang moden, bukan saja ada urutan, tapi ada teh Cina dan snek sekali. Memang tempat yang sesuai untuk cari ketenangan dan manjakan diri.


Makcik cadangkan korang buat tempahan kalau nak rasa pengalaman unik macam urutan, rendaman kaki, dan skrub. Memang berbaloi, staf kat sini pun sangat mesra. Penyambut tetamu pun peramah gila, siap sudi jawab semua soalan kami dan kongsi maklumat pasal harga dan perkhidmatan. Dia tahu betul apa yang ditawarkan. Makcik dengan Daus pilih urutan Monks Feet Massage selama 60 minit. Makcik memang suka sangat, terapis kat sini sangat profesional sepanjang sesi.

Kalau nak cuba urutan dengan terapis yang berkemahiran, tempah sekarang! Qi Odyssey ada promosi Tahun Baru Cina 2025—diskaun 30% untuk semua rawatan urutan. Jangan lepaskan peluang!











Reka bentuk dalaman yang cantik. Kemas dan bersih.



Makcik suka sangat suasana di Qi Odyssey ni. Dengan dekorasi dalaman Cina yang moden, bukan saja ada urutan, tapi ada teh Cina dan snek sekali. Memang tempat yang sesuai untuk cari ketenangan dan manjakan diri.


Kat sini ada macam-macam jenis teh, termasuk teh premium, dengan makanan ringan yang sedap untuk korang lepak santai kat Qi Odyssey. Memang best kalau nak enjoy sama-sama dengan yang tersayang sambil rileks!


Rendam kaki, urut, dan refleksologi kat sini memang best! Makcik rasa super selesa.


Makcik dan Daus pilih rendaman kaki Chinese Herb Bomb/Argyl. Memang pengalaman yang menarik! Secara keseluruhan, makcik puas hati. Terapis makcik memang hebat, langsung tak ada masalah bahasa. Tekanan urutan pun perfect—tak terlalu lembut, tak terlalu kuat. Suasana spa pun sangat tenang, dengan muzik piano yang menenangkan. Akhirnya, ada juga spa yang bagus kat Setia Alam! Makcik sampai tertidur sebab terlalu selesa masa rawatan. InsyaAllah, makcik akan datang lagi! 



Suasana kat sini memang tenang dan selesa. Hidangan kecil yang disediakan pun buat makcik rasa dihargai.

Makcik dah pergi banyak tempat urut, tapi tempat ni paling best! Memang nak datang lagi. ♥️




Qi Odyssey Setia City Mall
L1-L105 Level 1, Setia City Mall 7
Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam
Seksyen U13, 40170 Shah Alam





Tuesday, 21 January 2014

Mungkin baginya shopping umpama terapi tapi bagiku......

Setakat nak temankan shopping aku tak de hal , oh no please jangan ajak aku  window shopping .Sejujurnya I hate window shopping. Nasib baiklah kami sekeluarga satu kepala..Style kami , ada duit kami berjalan , takde duit duduk rumah diam-diam.*bapak ko punya stylo*  Hari ni aku malas nak pergi kerja tetiba rasa macam nak lepak kat rumah. stylo tak?

Yuyi suka butik makcik Doroti perkins Setia City Mall selain dari  pak tiri laki mak dia punya butik  katanya kat sini  mesra pelanggan tak macam doroti perkins JJ Bukit Tinggi. Adik dah besarlah dah pandai rasa boring menunggu akak pilih baju.
Tapi kalau dapat upah takpe la  kan: )

Shopping & makan sinonim dengan  wanita
happylah tu dapat shopping
Tersalah order. Adik tengah selsema aku tak sepatutnya  orderkan  dia  ais blended
pumpkin soup & dua set free (buy 2 free 2) kalau tak silap aku. Itu yang bestnya makan kat Delicious Cafe Setia City Mall
Aku dengan adik order menu yang sama Hainanese chicken chop
Muka orang tengah selsema












Tarikh : 4 January 2014, Sabtu
Lokasi : Setia City Mall, Delicious Cafe, Dorothy Perkins




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, 22 November 2013

Cara meningkatkan semangat kita untuk kurus -part 3

Cara meningkatkan semangat kita untuk kurus  Part 1 udah selasai, begitu juga dengan part 2 kini tibalah masanya kita ke part  3 part yang terakhir tak sangka pejam celik pejam celik dah 3 hari aku bersiaran di sini.OMG rajinnya makcik. Hidup kena rajin kalau tak miss soruuu (duit nuffnang). So, macam mana ?selepas membaca kemerapuan aku di part 1 & part 2 bersemangat tinggi nak kurus tak?Kalau masih rasa tak bersemangat lagi  teruskan membaca Part 3.

Okey lets go to cara meningkatkan semangat untuk kurus part 3,  kitaorang bukan pandai main bowling pun hanya sekadar riadah ntuk keluarkan peluh je.
Akak & adik yang tengah excited nak main bowling
Adik & akak tengah berbicang cara-cara nak dapatkan strike,seriusnya  kak tonnnn
Ayo yo yuyi masuk longkang ke?
Ayo yo gula-gula hacks

Selesai main bowling , sesi mengisi perut plak.Mulanya yuyi ajak makan  kat Full house,tapi memandangkan tempat tu cantik sangat jadi terpaksalah tukar fikiran pergi makan kat Delicious
Red Velvet Cake terbaek, makan sepotong nak dua potong ....makan dua potong memang tak lah
 Nasi Kerabu with ayam percek
 Adik with nasi kerabu, ulam-ulamannya aku ketepikan.
 Gula-gula hacks makan Rustic mushroom soup, macam tak caya je
Wraps 'N' Toasties with include balsamic wild mushroom, cajun salmon, portobello mushroom
 First time aku makan Hainanese Chicken Chop, layan juga

Crumbed chicken tenders-free sukernya














Tarikh : 10 November 2013,Ahad
Lokasi : Wangsa Bowl Setia  City Mall,Delicious Cafe  Setia City Mall
Peristiwa : Jalan-jalan hujung minggu





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 6 November 2013

Aktiviti hujung minggu ; Apa ada dengan The Dancing Fish, H&M, Parkson

Semenjak  stalker  yang mempunyai pertalian darah dengan aku  duk rajin berkunjung ke  sini , rasa macam tak de mood nak update blog tersayang.Tapi bila difikirkan balik, dia saper nak buat aku tak de mood ,  down??? Saper pun boleh jadi stalker  tapi yang tak bestnya  stalker ni menyimpan perasaan tidak kepuasan hati  terhadap aku  lalu mencurahkan  ketidakpuasan hatinya di dalam bentuk tulisan yes entry di blognya  something like yang dia tak puas  hati & hati tak syok dengan aku.  Patut ke  di  buat anggapan dan andaian sendiri yang menguris hati dan perasaan  orang yang ada pertalian darah dengannya??. Seriously aku tak paham, konpius kenapa masa aku hidup susah kais pagi makan pagi kais petang makan petang mencari sesuap nasi tak de saper yang pedulik tapi sekarang ni whyyyy  bila aku dah boleh bernafas sikit , kenapa dia rasa tak puas hati. Please  bersyukurlah dengan apa yang di miliki. Seriously terkejut dowh bila  ada orang yang nak kenal dengan kita cum MAKCIK KARIPAP yang biasa-biasa ni... .....rasanya tak perlulah aku bagitahu saper orang itu. Bukannya best pun  tepuk air kat dulang  terpecek kat muka sendiri  dan apa plak yang bestnya meludah ke langit kena muka sendiri.

Cerita yang tak best ni tak seronok nak cerita  panjang lebar. Betul tak? Cerita yang aku akan ceritakan ni  tak delah best pun  tapi atleast bestlah juga dari cerita yang tak best tu : (

Sabtu  hari tu yuyi ajak temankan dia cari clutch dan hadiah untuk adik  sebab  yeahhh adik lulus periksa.haktuiii ngadakan  lulus periksa nak hadiah, dushummmm
Yuyi suka shopping kat H&M , dia kata kat barang kat sini murah dan terkini. Entahlah aku pun tak tahu tang mana yang murah dan  terkini well you know me MAKCIK KARIPAP yang tak up todate. Kebanyakan baju Firdaus Yuyi  beli kat H&M.  Selama ni aku tak pernah suruh pun dia belikan barang-barang untuk adik beradik tapi InsyaAllah buat masa ni dia  tak pernah  lupa adik beradik .

Selepas yuyi  mencapai apa yang dihajatkan dia ajak  kami mamam di The Dancing Fish
Mulai sekarang InsyaAllah dan di masa akan datang Yuyi dengan gula-gula hacks  nak minum air suam je ; )
Emping with sambal terasi
A tower of tahu ; Tahu telur
Terong berlado
Cumi berlado goreng
Ayam panggang (BBQ spring chicken)

Kailan with oyster sauce
Dancing Fish with sambal terasi and kicap(bapak kau fish dancing: )


Lepas mamam, yuyi ajak cari hadiah adik.
Adik sedang mencari barang permainan yang berkenan dihati
cari jangan tak cari
Syukur sangat sangat apa yang adik hajati selama ni tecapai
Bangganya akak bila dapat  menunaikan hajat adik ; apa ke nama alat muzik tu, bantai jelah organ mainan

Sementara menunggu yuyi , aku dengan  adik sempat berlegar -legar  di sekitar shopink komplek 









Tarikh : 2 November 2013, Saturday
Lokasi : H&M, Parkson, The Fish Dancing, Setia City Mall
Peristiwa : Jalan-jalan hujung minggu







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .