10/1/2025 (Jumaat) - Throwback. Makcik dah rasa bosan, asyik pergi berurut di Ayu Borneo dan Heathland je. Alhamdulillah, akhirnya jumpa tempat baru untuk healing sambil berurut. Kebetulan hari Jumaat, 10/1, makcik ada urusan di Setia Alam. Makcik ajak Daus teman makcik ke sana. Lepas urusan selesai lebih kurang pukul 4.30 petang, makcik ajak Daus singgah di Setia City Mall. Dah lama tak pergi mall ni. Sebenarnya, mall ni agak jauh dari rumah makcik, sebab tu jarang sangat datang. Biasanya, makcik singgah kalau ada urusan di kawasan Setia Alam.
Sampai Setia Alam, makcik bagitahu Daus nak cari kek sebab teringin sangat nak makan. Daus ajak pergi Secret Recipe. Makcik pun ikut dia cari Secret Recipe. Masuk je, makcik terus scan QR code dan order online. Makcik order red velvet kek, Daus pula order chocolate lava dengan aiskrim. Mula-mula memang plan nak makan kek je, tapi bila tengok menu, terus tambah order. Makcik ambil Caribbean Style Fish Fillet, Daus pula Buttermilk Chicken Chop. Minuman, makcik order air suma, Daus pilih Floral Lychee Cooler. Gambar makan2 takde.Jemu ahhh ambik gambar kat Secret Recipe. Lepas dah kenyang makan, terus pergi Qi Odyssey.
Makcik suka sangat suasana di Qi Odyssey ni. Dengan dekorasi dalaman Cina yang moden, bukan saja ada urutan, tapi ada teh Cina dan snek sekali. Memang tempat yang sesuai untuk cari ketenangan dan manjakan diri.
Makcik cadangkan korang buat tempahan kalau nak rasa pengalaman unik macam urutan, rendaman kaki, dan skrub. Memang berbaloi, staf kat sini pun sangat mesra. Penyambut tetamu pun peramah gila, siap sudi jawab semua soalan kami dan kongsi maklumat pasal harga dan perkhidmatan. Dia tahu betul apa yang ditawarkan. Makcik dengan Daus pilih urutan Monks Feet Massage selama 60 minit. Makcik memang suka sangat, terapis kat sini sangat profesional sepanjang sesi.
Kalau nak cuba urutan dengan terapis yang berkemahiran, tempah sekarang! Qi Odyssey ada promosi Tahun Baru Cina 2025—diskaun 30% untuk semua rawatan urutan. Jangan lepaskan peluang!
Makcik dan Daus pilih rendaman kaki Chinese Herb Bomb/Argyl. Memang pengalaman yang menarik! Secara keseluruhan, makcik puas hati. Terapis makcik memang hebat, langsung tak ada masalah bahasa. Tekanan urutan pun perfect—tak terlalu lembut, tak terlalu kuat. Suasana spa pun sangat tenang, dengan muzik piano yang menenangkan. Akhirnya, ada juga spa yang bagus kat Setia Alam! Makcik sampai tertidur sebab terlalu selesa masa rawatan. InsyaAllah, makcik akan datang lagi!
Suasana kat sini memang tenang dan selesa. Hidangan kecil yang disediakan pun buat makcik rasa dihargai.
Makcik dah pergi banyak tempat urut, tapi tempat ni paling best! Memang nak datang lagi. ♥️
Qi Odyssey Setia City Mall
L1-L105 Level 1, Setia City Mall 7
Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam
Seksyen U13, 40170 Shah Alam
No comments:
Post a Comment