Friday, 2 January 2015

Misi mencari pakaian & kasut sekolah adik berakhir dengan berfoot reflexology

Salam Jumaat.


Selamat tahun baru 2015 kepada pembaca blog cik ina do do cheng. Terima kepada semua rakan-rakan yang sentiasa berada dibelakang cik senah dikala cik senah susah dan senang .Terharu sungguh bila dikenang terharu  Okeylah, cik senah tak nak bersedih sangat .Hidup kena enjoy bak  kata Nora Danish. Cik senah tambah hidup kena bersyukur. Syukur Alhamdulillah   pakaian & kasut sekolah adik cik senah dah setelkan  masa cuti hari krimas hari tu . Tinggal nak beli buku  sekolah  je. InsyaAllah  sebelum bukak sekolah  cik senah setelkan. Kepada adik -adik Selamat memulakan sesi persekolahan 2015, rajin adik rajin-rajinlah belajar.hehehe



Dari anak sulung hingga ke anak bongsu,cik senah maintain beli kasut sekolah jenama bata.Tahun cik senah beli dua pasang je sebab kasut tahun lepas masih lagi dalam keadaan elok.

Sama macam tahun lepas,kedai canggih menjadi pilihan cik senah untuk membeli pakaian sekolah adik. Cik senah beli dua pasang je sebab pakaian sekolah tahun lepas masih elok dan muat dipakai.
Setel misi mencari pakaian sekolah & kasut sekolah adik di kedai canggih & bata yuyi terus bawak kami makan di Siam Coffee & Dining Subang  Parade

Chinese tea elok boleh buang toksin
nasi putih
Deep fried sweet & sour siakap fish
Stir fried kerang dengan sambal
Kailan goreng ikan masin
Nasi ayam kungpoa kot

Beef Green Curry
 Banana tempura dengan sekerim

Lepas habis je makan  tetiba cik senah rasa badan penat ,  kaki lenguh semacam . Kaki   seolah-olah  meronta  minta direflexology. Maunya kaki tak lenguh, shopping  pakaian & kasut  sekolah adik di Bukit Tinggi Kelang & makan di Subang Parade.  Cik senah  dengan adik pandang  yuyi dengan senyuman penuh makna. .Yuyi terus call foot reflexology buat appointment pukul 6.30 petang

Untunglah....kecik-kecik lagi dah merasa foot reflexology









Sekian saje cerita cik senah pada hari ni nanti ada masa cik senah update.Akhir kata marilah kita sama-sama membantu meringankan beban mereka yang diduga dengan bencana banjir.Tak mampu banyak sikit pun memadai janji ikhlas.




















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .