Thursday 19 June 2014

sambal ikan bilis petai ; part 1 koleksi juadah kegemaran keluarga

Ahlan wa sahlan  (أهلاً و سهلاً) ya Ramadhan



Hari rabu petang,lepas balik kerja  terus aku berlezup  pergi pasar malam  cari petai.Haishhhh ni semua gara-gara tengok sambal petai Fasha Sandha di Instagram.Syukur Alhamdulillah ada pun petai yang di cari.Tak kisahlah 3 papan  RM3 pun yg penting sambal ikan bilis petai mokcik on.


Ikan bilis kuning yg belum kopek RM2.90 100grams, yg dah siap kopek RM4.90 100grams,dah tentu aku pilih yg belum kopek.
Masaknya idak,kupas je lebih.Tak  pelah kan esok pagi nak masak sambal senang sikit ye dak.
Sambil nengok tv kopek  ikan bilis ,tak sangka nok habis gak 200grams ikan bilis aku kopek
Jeng  jeng ikan bilis yang dah siap aku kopek,nanti bolehlah buat rencah sayur ke nasi goreng ke sambal potai ke.... sodapnya.


Sebenarnya,aku jarang membuat persediaan memasak ni tapi entah kenapa hari ni aku terlebih rajin pulak mengisar apa yang patut  untuk masak sambal ikan bilis petai pagi esok.Alang alang dah mengisar haruslah mengisar lebih sikit esok lusa senang sikit nak masak apa apa..... yeah yeah tepuk tangan untuk diri sendiri .








Bersambung dilain entry okey : )...............nampak tak permainan aku di situ.








Tarikh : 19 June 2014,Khamis
Lokasi : rumahku syurgaku









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )