Bersambung dari cerita di sini ; Punyalah lama baru nak sambung.Tak senonoh betul aku ni, asyik duk melayan facebook sampaikan blog yang banyak berjasa kat aku ni terabai. Okey, mulai hari ni aku berjanji pada diriku sendiri tidak akan mengabai blog ni. Tak moh cite panjang, perut aku dah berbunyik. Pagi tadi mak brekpes 2 keping roti canai kosong saje (dengar tu 2 keping saje) tu yang tak sampai pukul 12 lagi perut dah berbunyi lapar atau dasar GEM memang macam tu.ha ha ha ha. Okeylah aku nak pergi isi perut dulu dengan bekalan yang aku bawak dari rumah iaitu nasi putih dengan ikan cencaru goreng sambal.
Korang layan ikan cencaru pindang aku ye sementara menunggu aku siap makan : )
Korang layan ikan cencaru pindang aku ye sementara menunggu aku siap makan : )
Ikan cencaru baru nak tumbuh jaket yang siap disiang dan dibersehkan
Anak anaku sekelian ingat ye ,,, selepas melumurkan garam dan kunyit pada keseluruhan ikan , hendaklah dibiarkan buat seketika untuk mendapatkan aroma ikan goreng yang harum semasa digoreng.
bendi muda
Bahan-bahan (untuk 5 ekor ikan cencaru)
1)Ikan cencaru dibersehkan dan digaram kunyit
2)1 labu bawang holand-dihiris
3) 2 cm halia-hiris bulat-bulat
4)2 cm lengkuas-dihiris atau dipotong sederhana besar
5)5 ulas bawang putih-dihiris
6)lebih kurang 5 biji cili merah besar-dibelah dua
7)1 cm kunyit hidup-dihiris kecil
8)10 batang kacang bendi muda[buang tampuk dan ekor]
9) 1/2 genggam asam jawa dibancuh dengan lebih kurang 1 liter air
10)garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara menyediakannya
1)Tumiskan semua bahan hiris dan cili besar hingga layu dan naik bau
2)Tumiskan cili merah besar
3)Masukkan air asam jawa-biar agak mendidih
4)Masukkan bendi-biar bendi separuh empuk
5)Masukkan Ikan cencaru-biar masak sekejap
6)Masukkan garam,secubit serbuk perasa dan 1/2 kecil gula-seimbangkan rasa. Jika kuah pindang terkurang masam boleh tambah asam keping
Apalah maknanya makan nasi dengan kuah pindang ikan tanpa ikan goreng ....
dan juga sambal belacan
Tarikh : 17 January 2014, Jumaat
Lokasi Rumahku syurgaku
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .