Makcik tempe ni macam tak pernah makan sesame ball (kuih bijan) dan
minum air soya. Sejujurnya kuih bijan ni lain daripada kuih bijan
yang aku pernah makan sebelum ni. Apa yang specialnya kuih bijan ni ada 3
jenis inti , iaitu kacang, lotus dan red bean dan paling aku suka part kulit kuihnya yang teramat sangat ranggup dan sedap. Mengenai air soyanya pulak,sudah lama aku tak menikmati
air soya yang pekat ,kurang manis dan terasa keharuman wangi daun
pandan seperti air soya di I LOVE YOO AEON Bukit Rimau.
Porridge pun ada di jual di sini, kalau korang rasa tak sedap tekak dan badan bolehlah cuba makan
porridge bersama chakoi.....
Setahu akulah, adik bukan orang yang gemar minum air soya tapi sekali pekena air soya kat sini kemain adik minum tak cukup satu bekas
Air soya panas dan sejuk
Sesame ball (kuih bijan) berinti kacang, ekceli aku tak minat sesame ball inti kacang tapi nak buat macam mana inti lain dah habis.Tarikh : 3 Feb 2014,Isnin
Lokasi : I Love Yoo, Seksyen 32 , Lot G.08
Carrefour Bukit Rimau