Friday, 7 February 2014

kek span vanilla untuk projek X

Orang orang yang rapat  dengan aku especially kawan ofis aku  memang dah faham sangat dengan cara perniagaan aku selama ni. Sejujurnya lah,  aku peniaga suam-suam kuku ,motto aku  adalah perniagaanku  mengikut mood dan tahap kerajinanku" haishhhh aku garenti  korang belum pernahlah  dengar motto sebegini sebelum ni. Minggu ni aku gembira ,mood : rajin, petang semalam selepas habis kerja aku singgah ke pasaraya BB untuk mencari bahan membuat kek malangnya barang yang dicari takde. Aku pun keluar dari situ dan terus menuju ke pasaraya Giant . Yeahhhh nampak tak  tahap kerajinan aku disitu sangat  diparas boleh dibanggakan, ini bermakna business ON.

 Adunan kek span
projek x "kek chiffon"
 projek x  "kek span" . Untuk  pengetahuan kengkawan kek span ni baking school kat tempat kerja aku berlambak.
Projek x aku time rajin,  kalau time aku besarkan tidur for sure kalau sesiapa nak order cecepat aku cakap "maaflah makcik dah lama  tak berniaga."

Bahan-bahan membuat kek span @ resepi aku cilok  dari  yatimemories my sumber inspirasi tetiba je kan.
1)150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum*
2)1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama)
3)150 gm gula kastor
4)5 biji telor gred A
5)1 sudu besar ovalette
6)80 ml susu segar
7)80 ml minyak masak / mentega cair
8)Perisa vanilla
Cara-cara :
1)Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing).
2)Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
3)Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
4)Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa vanilla dan biarkan plain, satu bahagian lagi letak coklat emulco. Gaul sebati semuanya.
5)Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
6)Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
7)Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias. 
**************************

Bercakap pasal perniagaan, hampir terlupa nak bagitahu kengkawan, before chinese new year aku ada order cup cake , coklat hantaran pertunangan dengan  mommy ziyyad laling  Doktor Faiz. Kasihan mommy ,last minute aku order nasib baik dia baik hati nak ambik tempahan .

Ekceli aku order dua kotak cup cake oreo, sekotak untuk pengasuh Firdaus  dan sekotak lagi aku bawak ke rumah MIL  untuk celebrate chineese new year . Adik ipar aku cakap cup cake ni  sedap, siap tapau untuk MIL dia lagi.
Coklat hantaran pertunangan, yang pasti bukan pertunangan yuyi ye. Sila abaikan kek  cheese leleh kat sebelah tu, punyalah tak senonoh  ambik gambar sambil makan kek  
Jeng jeng ni untuk cik ina, thanaks mommy sedap mewah cheese
kek cheese leleh ni special kalau tak silap aku dilapisan tengah kek ada blueberry dan coklat filling,yummy yummmy

Hari yang aku kena  ambik coklat hantaran dengan cup cake ,aku tengah kerja .Kebetulan masa tu yuyi free jadi aku suruh jelah dia pergi jumpa mommy. Yuyi ni jarang nak suka dan berkenan dengan orang tapi lepas balik dari jumpa mommy kemain lagi dia puji mommy friendlylah , cute lah, anak-anak dia comellah . Aku melopong je dengar cerita dia .


Okey kepada yg nak order, bleh la visit FB mommy  Dreamy Treat Bakery Studio, atau call/ wassap Fiza @ 013 3650783. flavor cheese cake leleh ni antaranya choc, cappucino, orange, strawberry, pandan, RV, etc etc)








Tarikh : 6 February 2013, Khamis
Lokasi : Rumahku syurgaku






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .