Thursday, 16 January 2014

Trip memancing 2014 ; umpan oh umpan

Sedihhhhhhhhh, masa  semua orang tengah sibuk  ikan cencaru, selar dan kembung  naik harga , ada pulak para pemancing  yang menjadikan ikan ikan ni sebagai umpan memancing. Ko mampu........... Sumpah selama ni aku tak tahu pun yang suami aku pancing ikan  ikan  ni semua hanya semata-mata nak buat umpan untuk memancing ikan besar atau ikan yang ada kelas.

Aku dengar cerita najib kata  kangkung dah turun harga ? betul ke?????????.ha ha ha ha ha

Umpan hidup, selar, tamban dan cencaru ni semua dipancing oleh  suami aku.
Ikan selar
Ikan selar bercampur dengan  ikan cencaru
Ikan selar
Nampak macam ikan selar tapi bukan selar ni cencaru. Almaklumlah, selalu tengok cencaru besar sampaikan  tak kenal cencaru kecik.Cari perbezaan antara ikan selar dan cencaru
Ikan tamban, tetiba aku teruja , sejujurnya ni kali pertama aku tengok ikan tamban basah. Masa aku kecik dulu selalu tengok mak  goreng ikan  tamban kering untuk cicah dengan lempeng. Suami  cakap ikan ni banyak tulang, kalau tak tahu nak  buat apa dengan ikan ni dia suruh aku loyongkan je. Amboiiii senangnya cakap......InsyaAllah kalau tak de aral melintang  ikan ni aku  nak buat  pekasam.
Disebalik  ikan kelas D terselit ikan kelas A : )  Suami  suruh aku  buang je kerapu ni, dia cakap kerapu kecik ni isinya liat sikit .Bukan aku cakap ye suami yang cakap .
Ikan tamban dari jarak dekat
Bagi memudahkan kerja memasak kesemua  ikan ni aku simpan dalam beg plastik.Satu beg plastik aku buh lebih kurang 6 atau 7 ekor ikan.
Dasat..............sotong jadi umpan  memancing. Suami aku  cakap kalau nak memancing kat tengah laut elok guna umpan  sotong.

Ko mampu disebalik cerita pasal ikan terselit resepi ikan goreng
ikan aruan tasik goreng mengcongkam.ko mampuuu
Bahan-bahan
1)5 ketul ikan aruan tasik sederhana besar *5 ketul ke?dalam gambar cam selonggok je*
2)4 ulas bawang putih & 3cm halia[dikisar kering]
3)1 sudu besar rempah kari
4) 1/2 sudu kecil  serbuk jintan manis
5)sengenggam daun kari
5)Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara menyediakannya
1)Gaulkan ikan  dengan garam ,serbuk perasa. rempah kari , serbuk jintan dan bahan kisar. Masukkan daun kari dan gaul sekata sekejap. Perap lebih kurang 30 minit
2)Panaskan minyak dan goreng ikan sampai garing.Goreng sampai habis














Tarikh : 14 January 2014, Selasa
Lokasi : Rumahku syurgaku









SELAMAT BERHUJUNG MINGGU 















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang