Showing posts with label Rakan sekolah. Show all posts
Showing posts with label Rakan sekolah. Show all posts

Thursday, 9 January 2014

ustazah mu clasmate ku part 1 & part 2

Cerita hari Isnin. Hujan renyai-renyai. Akak peod jadi dia tak dapat hantar aku ke tempat kerja. Kebetulan suami tak kerja, aku minta dia tolong hantar. Petang tu suami ambik aku kat tempat kerja. Dari tempat kerja terus pergi ambik adik kat sekolah. Sebelum  balik rumah, singgah sekejap di KRU  beli makanan. Memandangkan di luar masih hujan, aku ambik keputusan tungga dalam kereta je dengan adik. Sementara menunggu makanan yang suami pesan siap , sempatlah aku berbual-bual dengan adik...

Aku : Macam mana sekolah, okey tak?

Adik : okey.

Aku  : ada kerja sekolah tak hari ni?

Adik : Ada.BM ngan Math

Aku : Lepas  makan , mandi buat keja sekolah ye. Jadual waktu dah salin dah?

Adik : dah.Firdaus salin cepat-cepat tapi boleh faham , mak checklah nanti. 

Aku : adik ,nah ambik air minum ni letak sana. Kalau lapar makanlah dulu goreng pisang yang ayah beli tu.

Adik : okey.

Adik : mak! mak ! betul ke cikgu cakap kalau duduk ASMARA, kita kena basuh kasut sekolah sendiri. Firdaus pandai basuh kasut sekolah sendirikan mak ,hari tu mak dah ajarkan?

Aku : ha ha ha adik bukan  "ASMARA" lah "ASRAMA" .betullah cikgu  adik cakap tu.Dulu masa mak duduk asrama pun semua benda kena buat sendiri. 

Adik : kenapa mak duduk asrama?

Aku : sebab mak pandai....................
mampusssss tunjuk hebat depan anak

Adik : oooo ye ke mak?

Aku : tak delah, mak mana ada pandai sangat. adik, hari tu mak ada bagitahukan,   kawan seasrama dan sekelas mak mengajar kat sekolah adik

Adik : ada , firdaus ingat lagi  gambar dia dalam facebook 



*********************************************************************

Cerita malam selasa. Dasat budak sekarang ni, hari pertama je dah ada kerja sekolah apatah lagi hari kedua , ketiga dan hari seterusnya. Malam tu lepas makan, mandi aku suruh dia buat kerja sekolah.Aku pesan, kalau rasa tak paham tanya aku. Tapi selalunya kami buat kerja sekolah bersama-sama sambil berbual-bual. 

Adik : mak , tadi kawan ibu ajar adik PI(pendidikan Islam) 

Aku :  Siti Zalina Moslihin

Adik : ya, ustazah Siti Zalina, dia ajar adik PI. mak!! adik tanya ustazah tu?

Mak : tanya apa?????????

Adik : adik tanya betul ke ustazah dengan ibu Zarina ****** satu kelas.

Mak : Ya Allah adik, kenapa adik tanya?.habis tu dia cakap apa?

Adik : dia cakap "ya" lepas tu dia usap kepala adik, dia suruh adik belajar rajin-rajin.

Aku satu  sekolah dengan Acik Herbalife, Acik  ko kenal tak Siti Zalina Moslihin???????????




































Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 4 February 2013

kek gula hangus jejak kasih namanya resepi dari blog acik SF beauty ,Zalin Zalina

Jejak kasih dengan seorang blogger petang semalam benar-benar mengingatkan aku pada lagu Suratan atau kebetulan nyanyian Kenny Renny Martin sekitar tahun 80an ; '

Sesuatu yang  tak disangka seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan
bla bla bla sila sambung sendiri



Tak sangka entry  aku pada  malam sabtu hari itu telah membawa kepada pertemuan ala -ala jejak kasih antara  aku dengan Zalin Zalina (tauke kuih dan SF Beauty) . Masa kitaorang menjejak kasih ,melalui PM facebook ,  Zalin ada  melampirkan dua keping gambar  masa dia di asrama,tapi yang peliknya gambar kawan dia yang lain-lain tu aku  cam  tapi  kenapa  dia sorang  je  aku susah nak cam,sah sah  Zalin budak baik masa kat asrama .hurmmm ,panjang cerita ni so aku pendekkan , Zalin ni rupanya pernah menjadi   rakan sebilik aku semasa diasrama SMAH Klang . Bezanya masa tu dia form 1 aku form 3,arghhh  geramnya dia muda dari aku  Ha ha ha ha Memang tak ku sangka sama sekali rakan yang aku kenali di blog adalah rakan sebilik masa diasrama. Keciknya dunia ni : )


 Cik ina bawakan gambar  ahli bilik BC 1  khas untuk acik SF beauty
Acik SF beauty , teka mana satu cik ina.Ha ha ha

 

Gula hangus dah siap dicampurkan majerin-kat rumah makcik tempe ni tak de majerin, ada butter je makcik tempe buh butter jelah.
Aku ayak tepung gandum bersama soda bicarbone sperti apa yang acik SF beauty bagitahu dalam resepinya.Sumpah aku tak nak menderhaka seperti sebelum ni.
Adunan kek gula hangus

Kek Gula Hangus - 1 loyang lubang tengah

Resepi ini telah dicilok bulat-bulat dari blog acik SF beauty
200gm gula
200ml air
20gm margerin
120gm tepung gandum
2sudu kecik bikabonat
1 cawan susu pekat
4 biji telur

Cara-caranya :-

1. Gula dihanguskan. Bila semua dah cair, kecikkan api, baru dimasukkan air...untuk cepat larut ada yang menggunakan air panas tapi acik guna air biasa aje coz malas nak masak air..he he he..
2.Air dah sebati dengan gula, baru masukkan margerin. Haritu ada yang tanya kenapa dia buat kek gula hangus tapi tak jadi...bila ditanya rupanya dia tak masukkan margerin masa dah lepas hanguskan gula dan campur air...mungkin dia confuse antara resepi apam gula hangus dan kek gula hangus...
3. Sejukkan air gula hangus.
4.Tepung gandum digaulkan dengan bikabonat menggunakan whisk di dalam sebuah bekas. Kalau rajin elok kalau diayak...tapi kalau ikut cara acik, acik cuma ayak bikabonat masa nak campurkan dalam tepung tu aje...bikabonat tu kena ayak coz selalunya berketul...kalau kita tak ayak, pastu blend, nanti bila dah bakar rasa pahit coz bikabonat tu tak hancur..
5.Blend telur lebih kurang 2 minit...(kalau kaler dah putih tu maknanya ok la tu..)
6.Masukkan susu pekat. Blend lagi.
7.Masukkan telur dan susu pekat yang dah blend tu dalam bekas berisi tepung, pastu masukkan air gula hangus, kemudian kacau guna whisk.
8. Blend semua adunan.
9. Lenserkan margerin pada loyang. Tuangkan adunan yang dah diblend. Bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius (ni kalau ikut oven acik ler..)


 Kek gula yang dalam proses pembakaran
Kek gula hangus yang sudah siap dibakar
 
Kek gula hangus dari sudut kiri ; ko mampu


























Kek gula hangus dari sudut kanan

Acik , okey tak cik ina punya kek gula hangus ?????????





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .