Tuesday, 5 May 2015

Khuntai ; entah kali ke berapa


Salam hari selasa

Rasa sekejap sangat cuti 4 hari. Pejam celik pejam celik hari ni dah kena pergi kerja,menciknya...Kasihan dengan anak-anak, cuti ni  cik ina banyak habiskan masa dengan tidur dan melayan sakit peod daripada melayan selera tekak dorang. Syukur Alhamdulillah anak-anak cik ina faham dan sedia maklum jugak dengan keadaan dapur yang memang takdelah nak berasap sangat bila cik ina sakit.Masing-masing dah besar, pandai je dorang .

Tengahari semalam yuyi belanja makan.Selama ni bukan dia tak pernah belanja tapi biasalah masa  tengah tak larat ni, rasa happy semacam pulak bila anak belanja makan. Terima kasihlah Cik Yuyi sebab sudi belanja mak & adik -adik makan tengahari kat tempat feveret ,Khuntai.


Dalam banyak2 juadah yg terhidang, pucuk paku goreng belacan jugak membuka selera cik ina.

Cik ina siap pesan awal-awal  dengan yuyi jangan order banyak -banyak sebab cik ina tak berapa nak selera makan, adik -adik pun bukan makan banyak . Ketam dan udang yang ciput tu pun tak habis.Cik ina suruh gula-gula hack tapau bawak balik rumah.









Khuntai
Kampung Ayer Hitam
41200 Klang
Selangor Darul Ehsan
Open daily :  11am to 12am
H/P : 012-5153081
Tel : 03-30813308





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Selamat datang