Salam hari rabu,
Seumur hidup,nilah pertama kali cik ina berurusan dengan JPN hari sabtu. Pakkal lah ada cabutan penting yang cik ina nak buat,kalau tak memang tak kuasa nak meragang Plaza Masalam tu pagi -pagi buta. Entah lah, cik ina ni memang dari dulu tak berapa gemar berurusan dengan pejabat kerajaan . Nasib baik urusan selesai awal. Syukur Alhamdulillah,step pertama setel sudah. Step kedua cik ina akan cuba uruskan minggu depan.InsyaAllah.
Lepas setel semua urusan di JPN Shah Alam sabtu tu, Yuyi terus bawak kitaorang pergi makan di tempat feveret dia kat Madam Kwan's Empire Subang.
Ek eleh adik posing ntah apa -apa ntah
Abaikan tangan cik ina di situ
Bila tangan macam penyanyi nasyid ,marilah kita bernasyid, sepohon kayu daunnya rimbun,lebat buah serta bunganya...sambung sendiri
Gilerr,boleh pulak cik ina order teh tarik . Macamlah tak pernah minum teh tarik sebelum ni. Adik order air sirap bandung selasih, nak jugak sirap.Cik yuyi order barli limau
sambal untuk dimakan bersama prawn mee & hokkien mee
Adik makan nasi bojari, signature dish madam kwan's
Cik ina nak cuba pulak makan prawn mee Madam Kwan's selalu asyik makan prawn mee old white kopitiam,jemu lah.
Cik yuyi kata hokkien mee nya sedap
Terbaek !!!!! banana fritters dengan vanilla ice cream Madam Kwan's
Dulu masa cik ina muda mother's day ni macam tak pernah ujud je tapi bila umur semakin "TUA" anak -anak sepuluh kali kejap wish happy mother's day kat cik ina, tersentuh jugak naluri keibuan ni. Terima kasih cik yuyi untuk hadiah mother days katanya
Madam Kwan's
Subang Jaya UG09, Upper Ground Floor
Empire Shopping Gallery
Jalan SS16/1,Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .