Salam hari Jumaat
Semenjak adik naik Al-Quran,kelas mengaji dia bukan hari sabtu pagi lagi hari isnin malam . Jadi sekarang ni ,hari sabtu banyak dihabiskan dengan berehat rumah. Tapi cik ina tak tahu kenapa tetiba sabtu minggu lepas takde mood nak duduk rumah. Lepas dah setel kerja rumah semua,terus cik ina bawak adik naik komuter pergi KL Sentral. Tak sempat sampai KL Sentral,masa komuter menghampiri stesen komuter klang cik yuyi whatsapp nak datang rumah cik ina terus turun kat stesen komuter Shah Alam. Cik ina suruh cik yuyi ambik cik ina kat SACC Mall je. Sementara menunggu cik yuyi datang jemput sempat cik ina bawak adik ronda-ronda dalam SACC Mall dan masuk MPH,beli buku. Siang masih muda.Takkan terus nak balik rumah kan? Cik yuyi ajak cik ina pergi butik tudung kat seksyen 7, riki riki shawl nikah.Shawl nikah lagi. Sebelum balik makan dulu kat ayam bakar mas mono. First time makan kat sini selalu lalu je. Boleh tahan sedap jugak. Harga pun berpatutan. cik ina suka ayam bakarnya,sedap. Lepas ni boleh repeat makan lagi kat sini.
Cik ina letak sekali dua gambar cik yuyi sebab dia macam cantik macam cantik je.
Tetiba tekak cik ina dengan cik yuyi nak minum air sirap
Cuma adik je, minum milk shake
cik yuyi makan soto & pecel lele. Untunglah badan kurus, takde hal nak makan banyak mana pun .
Pecel lele cik yuyi
Cik ina makan Ayam bakar set,sedap sangat
Suka benar adik makan ayam bakar mas mono. Lenkali ajak akak makan kat sini lagi ya.
Ayam Bakar Mas Mono
No.17, Jalan Plumbum P7/P
Pusat Komersial Seksyen 7
Shah Alam
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .