Thursday, 28 May 2015

Jalan-jalan cari makan di Chola Kitchen


Salam Khamis,


Siapa suka makan makanan India? Angkat tangan.Cik Ina takde lah suka sangat cuma suka biasa -biasa je . Dalam sebulan tu adalah dua atau tiga kali cik ina masak makanan India. Masak makanan India cara cik inalah. Masak kari ayam ,dalca ,rasam, dah itu je masakan India yang cik ina sempat belajar. Malas nak belajar lebih2, anak cik Ina not loike  makanan India,terutama adik.  Adik bukan saje not loike  makanan India, masuk kedai India pun dia not loike waima   apa saje yang berkaitan dengan India dia not loike. Hahaha, kena siasat ni kenapa adik  not loike India kan. Setiap kali cik ina cakap ayah dia India, muka dia masam habis adik cakap dia melayu. Hurmmm . Cik ina no komen.

Hujung minggu hari tu, cik yuyi ajak kami makan makanan India  dekat Chola Kitchen,tetiba kan. Buka je pintu Chola Kitchen ,bau kari menusuk hidung.Perut cik ina terus lapar. Lobang hidung adik kembang kuncup menahan bau kari. Selang beberapa minit berborak,makanan yang dipesan pun datang. Adik  tunjuk muka pelik.  Cik ina bubuh sedikit kambing ,sayur dan ayam  dalam pinggan adik . Adik makan perlahan-lahan,dia menikmati setiap suapan yang masuk ke mulutnya. Tak sampai beberapa minit licin pinggan adik.  Lauk dan kuahnya juga licin tak bersisa .




Adik senyum gembira tanda makanan India dekat Chola Kitchen sedap sangat. Lepas ni boleh ajak akak makan  dekat sini lagi ye.


Manggo lassi-terbaek
sky juice


Poori set
Nasi putih
Chicken ala carte dish
Mutton ala carte dish
Vege ala carte dish






Chola Kitchen Sdn Bhd
No.33 Jalan Mahogani 5
Bandar  Botanic
41200 Klang
603-33245433






















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .