Showing posts with label Siam Coffee & Dining. Show all posts
Showing posts with label Siam Coffee & Dining. Show all posts

Friday, 2 January 2015

Misi mencari pakaian & kasut sekolah adik berakhir dengan berfoot reflexology

Salam Jumaat.


Selamat tahun baru 2015 kepada pembaca blog cik ina do do cheng. Terima kepada semua rakan-rakan yang sentiasa berada dibelakang cik senah dikala cik senah susah dan senang .Terharu sungguh bila dikenang terharu  Okeylah, cik senah tak nak bersedih sangat .Hidup kena enjoy bak  kata Nora Danish. Cik senah tambah hidup kena bersyukur. Syukur Alhamdulillah   pakaian & kasut sekolah adik cik senah dah setelkan  masa cuti hari krimas hari tu . Tinggal nak beli buku  sekolah  je. InsyaAllah  sebelum bukak sekolah  cik senah setelkan. Kepada adik -adik Selamat memulakan sesi persekolahan 2015, rajin adik rajin-rajinlah belajar.hehehe



Dari anak sulung hingga ke anak bongsu,cik senah maintain beli kasut sekolah jenama bata.Tahun cik senah beli dua pasang je sebab kasut tahun lepas masih lagi dalam keadaan elok.

Sama macam tahun lepas,kedai canggih menjadi pilihan cik senah untuk membeli pakaian sekolah adik. Cik senah beli dua pasang je sebab pakaian sekolah tahun lepas masih elok dan muat dipakai.
Setel misi mencari pakaian sekolah & kasut sekolah adik di kedai canggih & bata yuyi terus bawak kami makan di Siam Coffee & Dining Subang  Parade

Chinese tea elok boleh buang toksin
nasi putih
Deep fried sweet & sour siakap fish
Stir fried kerang dengan sambal
Kailan goreng ikan masin
Nasi ayam kungpoa kot

Beef Green Curry
 Banana tempura dengan sekerim

Lepas habis je makan  tetiba cik senah rasa badan penat ,  kaki lenguh semacam . Kaki   seolah-olah  meronta  minta direflexology. Maunya kaki tak lenguh, shopping  pakaian & kasut  sekolah adik di Bukit Tinggi Kelang & makan di Subang Parade.  Cik senah  dengan adik pandang  yuyi dengan senyuman penuh makna. .Yuyi terus call foot reflexology buat appointment pukul 6.30 petang

Untunglah....kecik-kecik lagi dah merasa foot reflexology









Sekian saje cerita cik senah pada hari ni nanti ada masa cik senah update.Akhir kata marilah kita sama-sama membantu meringankan beban mereka yang diduga dengan bencana banjir.Tak mampu banyak sikit pun memadai janji ikhlas.




















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 8 September 2014

Masakan siam sedap di Siam Coffee & Dining Subang Parade

6 September 2014,sabtu..... Hari ni adik ada kelas mengaji jadi sebelum menghantar adik ke tempat mengaji aku perlu menyediakan sarapan pagi serta membereskan semua kerja rumah. Aku bukan jenis yang pengemas tapi yang pasti  aku tak suka meninggalkan rumah dalam keadaan bersepah . Pagi tu  aku buat sarapan nasi goreng je.  Sementara menunggu adik bersiap dan bersarapan aku menyiapkan apa yang patut . Siap semua, pukul 7.15 pagi gerak ke Kota Kemuning  menuju ke tempat adik mengaji .Dah jadi rutin , lepak rumah yuyi sementara menunggu adik habis kelas mengaji.Bosan !!takda takde buat apa-apa kat rumah yuyi  aku cadang nak masak   sempoi sempoi  rebus,kerang dengan pencicah kicap cili , goreng sayur dengan sardin cili macam 3 minggu lepas tu .Yuyi pulak tak kasi aku masak, katanya ,petang tu dia nak bawak  gula-gula hacks jalan jalan kononya dah lama dia  tak bawak gula-gula  hacks jalan - jalan .Nak muntah aku dengar.


Potongan rambut sebegini buat gula -gula hacks tak berapa nak comel kan? . Tak sabar tunggu rambut dia panjang.

Abang tengok menu, dia pun nak tengok menu
Semua kena minum Jasmine tea
Ayam goreng pandan

Thai style deep fried fish with sour, entah berapa kali aku rasa sos yang dicurah atas ikan tu  tapi masih tak dapat tangkap rasanya  : )
Beef green curry
Stir fried baby kailan with salted fish

Banana Tempura with ice cream
Pelik, pisang goreng biasa ni otomatik boleh jadi luar biasa bila ditukar nama ke banana tempura kemudian dimakan bersama dengan  ice cream dan sedikit coklat cair : )


Sebelum balik singgah sekejap uncle lim's cafe beli karipap dengan mushroom mee.

Karipap  uncle lim's special selain  sedap  didalamnya  ada telur rebus
Pertama kali makan roti bakar uncle lim's , adik terus suka .


Kayo uncle lim's kalau sorang  tapau 10 ketui ,kalau 10 orang???,.nampak keji kan bila kita   duk sibuk  mengira pendapatan orang lain.
Sekali pandang gula-gula hacks,dua tiga kali pandang macam cucu uncle lim's
























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 16 December 2013

aunty suggest ; Siam Coffee & Dining @ Subang Parade & Uncle Lim's Curry Puff

Aku cakap kat Yuyi ,  tak payah lah  cari  Goggle dengan  Swim Trunk  untuk adik nanti adik tak pakai pun..Yuyi  memang budak  tak makan saman.Degil  tapi degil bertempat, petang sabtu tu jugak dia ajak aku pergi Subang Parade mencari goggle dengan swim trunk.  InsyaAllah esok lusa  dah kahwin & beranak pinak kuranglah sikit  degil dia tu.  Sebagai ibu aku sentiasa mendoakan yang terbaek untuk mu  anak -anak.
Akak & Adik  Co
budak yang baru nak belajar pakai swim trunk, tu pun nak pakai swim trunk  yang longgar je
Sorang menerai swim trunk, 3 orang yang berkerumun
Lepas Yuyi dapat apa yang dihajati, dia  bawak kami makan kat Siam Coffee & Dining.
Goggle adik. Adik  dan akak  pantang jumpa air mesti nak main air
budak degil buat muka tak bersalah : )
Aku makan Thai style fried kuey teow, seriously sedap
Akak dan adik dah  kenyang dia cuma ratah deep fried butter prawn
Lupa dah nama  benda ni ,kalau tak silap aku  Banana tempura with ice cream . Ni yuyi yang order .Sedap sangat , tak cukup sepinggan
Adik tak boleh makan banyak makanan bergoreng dan berminyak  nanti adik  batuk. Mak, abang dengan akak tak pe : )

Rambang mata tengok menu kat sini  tetiba berkenan  dengan nasi goreng seafood, aku suruh yuyi tapau dua bungkus.  Sebelum balik kami singgah sekejap  beli curry puff  yang didalamnya ada telur rebus  dan chicken porridge Uncle Lim's . Sorry ,aku lupa nak snap gambar curry puff dan porridge.









Tarikh : 7 December 2013, Sabtu
Lokasi : Subang Parade, Siam Coffee & Dining
Peristiwa : Jalan-jalan cari




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .