Thursday 25 December 2014

Misi mencari tudung di Sesyen 7 Shah Alam


Salam Khamis,


Cik senah  kalau yuyi ajak teman  pergi rumah orang kahwin, mesti  rasa runsing semacam. Runsing fikir pasal baju lah, pasal  shawl lah , pasal makeuplah . Maunya tak runsing stok shawl & baju cik senah  yang dalam almari di rumah  dah sampai tahap boleh buat kain buruk.Paling tidak pun cik senah nak jugak sehelai shawl & baju baru untuk dipakai masa pergi majlis kahwin  kawan yuyi tu nanti. Bila lagi cik senah nak  melaram masa kenduri kahwinlah kan. Jemputan hari minggu, makanya hari jumaat yuyi bawak cik senah ke seksyen 7 Shah Alam cari tudung.Dekat seksyen 7 ni kan sorga   tudung dan pakaian .Disini berhimpunnya  butik tudung dan pakaian ternama & butik  online yang terkenal seperti radiusite,Hajra, Sugarscarf, Qaseh, dan banyak lagi. Jangan risaulah,disebalik butik ternama dan butik online terkenal itu terselit lot kedai kecik untuk golongan marhaen macam cik senah . Murah je shawl merelip -relip yang cik senah rembat .RM20 lepas  diskaun. Next entry cik senah  menunjuk -nunjuk  kan shawl tu  ye sayang  semua. Fuh lega, misi mencari shawl selesai sudah,baju  pun dah. Misi mencari baju lama dah selesai masa pergi JJ area rumah besan.Yang tak setel lagi  cuma misi mengisi perut.hehehe  haruslah perut cik senah kebulur last makan waktu tengahari ditempat kerja ,selesai mencari shawl pulak dekat nak pukul  8 malam.  Tapi cik senah tak risau kat  seksyen 7 ni banyak kedai makan.Pilih je  nak makan apa. Selalunya  kalau datang sini yuyi ajak makan kat  Paparich tapi kali ni kami  sepakat memilih  makan kat AP ayam  penyet.Maaf ye sayang semua  gambar tak berapa nak banyak sebab  makan  menjadi agenda utama.







Ikan bawal hitam berlado, ikan lele berlado &ayam bakar.Tak lupa nasi putih
Bandung Soya cincau, ais kosong & honey dew


                                        Sambal penyet penyet mana boleh lupa



















Restoran Ayam  Ap Penyet
 No 3G,Jalan Plumbum P7/P
Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.


 








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )