Friday, 2 May 2014

resepi bubur nasi simple dan mudah : bubur khusus untuk kanak kanak demam


Hari ni, brekpes aku masak nasi lemak .Well,bila brekpes  nasi lemak, maksudnya sampai ke tengahari lah makan nasi lemak,kalau aku masak pun malam ,itu pun masak yang goreng goreng je  macam maggi goreng atau nasi goreng .Tapi tadi tengahari aku masak bubur nasi ,tetiba je  firdaus demam .Dia tak cakap pun dia demam ,aku syak dia demam sebab lepas makan dia terus masuk bilik, baring.Nasi lemak dia pun  tak habis ,jarang dia makan tak habis.Aku rasa badan dia, panas sikit.

Anak anak aku ni spesis tak merengek bila demam kecuali siabang (gula-gula hacks).Masa kecik,bila dia demam,dia merengek  sepanjang malam lah aku tak dapat melelapkan mata.Kelakar ,walapun Firdaus anak bongsu tapi dia tak semanja abang. Sampai sekarang abang masih manja.Mana taknya yuyi rajin layan dia,sampaikan perut dia senak pun yuyi bawak pegi klinik.ko ado. Menyirap jugak   bila mengenangkan perangai abang yang masih manja walaupun umur dah mencecah 22tahun.Nak buat macam mana memang sedari kecik dia manja.Selagi kami mampu layan,kami layan kan je.Nasiblah saper kahwin ngan dia nanti.

Itulah ingatkan malas nak masak ,tapi Firdaus dah nak demam, nak buat cam mana.Nak tak nak kenalah masakkan dia sedikit
bubur nasi. Dari anak aku kecil sampai mereka dah besar ni setiap kali mereka demam aku suka buatkan mereka bubur nasi cuma bila mereka dah besar ni je dah jarang aku masak kan bubur ,almaklumlah dah besar mana lah tekak lalu makan bubur.Sekarang ni bila Firdaus demam je aku masak bubur ,dia  kecik lagi tak de pilihan kena lah akur bila aku suruh makan bubur : ) Selalunya aku masak bubur nasi yang simple je sebab faham faham jelah  bila tengah demam tekak memang sukar menerima benda benda yg merapu.Jangan marah ,sekiranya anak kita tak makan banyak bubur yang kita masak ,kalau dorang dapat makan sesudu dua sudu pun dah  kira okey , janji dapat alas perut mereka..Dan jangan lupa bagi dorang minum banyak air suam supaya suhu badan mereka cepat kembali kepada suhu normal


RESEPI BUBUR NASI
Bahan-bahan
1)2 genggam nasi putih
2)1/2 liter air rebusan ikan bilis  dari 1/2 genggam ikan bilis
3)suku batang carrot(dikupas kulit dan dipotong dadu)
4)2-3 titik minyak bijan
5)1/2 cm halia(Dikupas kulit dan dihiris bulat)
Cara menyediakannya
1)Renehkan nasi putih dalam air rebusan ikan bilis  bersama halia dan minyak bijan hingga separuh kembang
2)Masukkan carrot yang telah potong dadu
3)Reneh bubur nasi hingga benar benar kembang
4)Tutup api dan sedia untuk dihidang

Bubur nasi boleh dimakan bersama ikan bilis goreng.Masukkan sedikit serbuk lada hitam & kicap cair untuk memberi rasa pada bubur nasi.

Bubur nasi sedia untuk dimakan


Syukur Alhamdulillah habis sepinggan budak deman ni makan






Tarikh : 1 May 2014,Khamis
Lokasi : Rumahku syurgaku









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang