Alang
-alang semalam aku ada masak rendang ayam dengan kuah kacang untuk
open house di dot dot dot, aku rebus sekali nasi himpit .Senanglah aku tak payah susah-susah nak masak, nasi himpit kuah kacang dengan rendang tu boleh buat makan tengahari di rumah. Takkan lah aku nak kenyangkan perut orang dalam rumah aku dengan
ambik bau rendang ayam dengan kuah kacang je ?Nampak sangat aku seorang ibu
yang hanya mementingkan skandal -skandalku. opsss
Bila aku ada agenda masak-masak , jangan harap yuyi dapat tidur sampai ke tengahari. Bangun!bangun bawak mak pergi kedai,"jerkah datin markonah.opsss
Perut harus diisi terlebih dahulu sebelum hendak melakukan tugas berat
nilah tugas berat tu.Bukti aku sibuk
chefal yang telah banyak memudahkan kerja-kerja aku di dapur
Syukur Alhamdulillah berkat tunjuk ajar chef cinderella akhirnya aku dapat satu cara yang mudah untuk mengempukkan kacang tanah
Kali ni aku guna tomato puri DuChef
Tumis bahan tumisan sehingga naik bau dan pecah minyak ye
Bahan-bahan untuk membuat kuah kacang terbaek(anggaran 1/2 kilo kacang tanah)
1)Kacang tanah disangrai tanpa minyak sehingga empuk .Tunggu sejuk sekejap lepas tu ramas -ramas supaya tanggal kulitnya .Tampi untuk membuang kulit kacang tanah yang tertinggal kemudian kisar sederhana halus.
1)1 tin duchef tomato puri
2) 6 sudu besar bahan bumbu rendang(terdiri daripada halis, serai, lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih yang dikisar)
3)6 sudu bsar cili kisar
4) segenggam udang kering-basuh, tuskan dan kisar sederhana halus
5)gula dan garam secukup rasa
Cara menyediakannya
1) Panaskan minyak dan Tumis bumbu rendang sehingga pecah minyak
2)Tumis cili kisar sehingga pecah minyak diikuti dengan udang kering kisar
3)Masukkan tomato puri-kacau sekejap
Masa menumis guna api sederhana dan sentiasa dikacau ye
4)Masukkan 800ml air,kalau kuah nampak pekat boleh tambah air-biar agak mendidih
5)Masukkan kacang tanah goreng kisar
3)Masukkan tomato puri-kacau sekejap
Masa menumis guna api sederhana dan sentiasa dikacau ye
4)Masukkan 800ml air,kalau kuah nampak pekat boleh tambah air-biar agak mendidih
5)Masukkan kacang tanah goreng kisar
6)Masukkan gula dan garam-Pandai-pandailah seimbangkan rasa
Kuah kacang sebelum dimasukkan kacang tanah goreng kisar
kuah kacang terbaek gitu
Kalau ingin dapat rendang ayam yang sedap kita kena pastikan semua bahan-bahan bumbu rendang mencukupi dan bahan bumbu tadi harus ditumis sehingga pecah minyak.
Abaikan kuali yang selekeh tu sila fokus kepada rendang ayam saja
Takkan tak kenal kot : )
Lepas dah setel semua aku tunaikan hajat suami nak minum jus grapefruits.Alah mentang-mentanglah dapat buah free: )
Grapefruit@limau gedang mempunyai rasa masam manis
Aku perah jus grapefruit guna pemerah manual sebab malas nak cuci pengisar letrik.
Jus grapefruit /limau gedang sedap dan berkhasiat
Tarikh : 25 Aug 2013, Ahad
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa : jalan-jalan hujung minggu
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .